Penulis : Syamnuriezmil
Penerbit : Penulisan2u
564 m/s
Sinopsis Belakang Buku:
Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael
tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak
calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.
Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.
Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.
Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu
Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti
sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran
itu.
Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh
dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas
Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam
keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya
terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Tetapi... Di Krabi...
Tetapi... Di Krabi...
“Saya suka awak, Ayu Maisarah.” - TUAN ANAS MIKAEL
Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu
Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala
bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah
menukar hasratnya dan memilih...
Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya
Putri. - TUAN ANAS MIKAEL
Ayu Maisarah, kecewa!
Ayu Maisarah, kecewa!
“Tuan... Tuan tahu apa kopi yang paling pahit? Oh, tak tahu,
ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan... Tapi, macam mana,
saya dah tersayang tuan.” - AYU MAISARAH
Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam
kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan
rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.
Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu
Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael
yang kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat
kepadanya?
“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya
elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL
Ulasan:
Syamnuriezmil memang seorang penulis yang penuh dengan idea yang lain dari penulis lain. Buku ini juga tidak menghampakan saya kerana ada rahsia disebalik ceritanya. Lebih-lebih lagi apabila buku ini diadaptasikan kepada drama bersiri. Sebelum buku ini ditayang di TV, saya memang dah lama baca buku ini tapi baru sekarang berpeluang membuat ulasan di blog saya ini.
Jalan cerita yang agak sempoi dan menarik memang tak terasa bila membacanya. Sekejap je rasanya nak habiskan 500++ mukasurat ni. Pertemuan antara Tuan Anas Mikail (TAM) dan Maisarah yang memang sempoi membawa kepada TAM untuk menjadikan Maisarah bakal isterinya. Gaya layanan TAM dan latihan-latihan yang diberikan semuanya diterima dengan terpaksa kerana ingin melangsaikan hutangnya, lebih-lebih lagi apabila bayaran lumayan diterima untuk kerja-kerja ala-ala orang gaji/isteri di rumah itu.
Pada awalnya tiada rasa cinta antara mereka memandangkan layanan kasar dari TAM dan taraf hidup mereka yang jauh berbeza membuatkan Maisarah tidak menyukaikan TAM. Namun layanan TAM yang semakin lama semakin mesra membuatkan Maisarah mula terpaut dengan TAM. Namun Maisarah sedar akan kedudukannya yang jauh berbeza dengan TAM.
Setelah TAM mengetahui satu rahsia besar siapa Maisarah sebenarnya, TAM mengambil keputusan untuk melindungi Maisarah dengan memperkenalkan wanita lain sebagai calon isterinya. Tapi selepas menempuhi segala rintangan, mereka akhirnya bersatu.
Rating : ***** best
No comments:
Post a Comment