Sunday, June 24, 2012

Warkah Cinta Berbau Syurga - A. Ubaidillah Alias

Tajuk Buku : Warkah Cinta Berbau Syurga
Penulis : A. Ubaidillah Alias
Penerbit : PTS Litera
Genre : Islamic
527 m/s

Sinopsis Belakang Buku:
Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?

"Jika novel Ayat-ayat Cinta menyorot latar Mesir dari pandangan seorang mahasiswa Indonesia, maka Warkah Cinta Berbau Syurga ini disorot dari kaca mata seorang mahasiswa Malaysia yang menuntut di sana. Justeru tidak hairan andai latar Kaherahnya dan suasana kehidupan para pelajar Malaysia dapat diperincikan sebegitu rupa. Dalam lambakan karya bertemakan cinta asyik-masyuk bernafsu rendah yang boleh mengelirukan pembaca remaja, novel cinta berjiwa Islamik begini sewajarnya menjadi alternatif terbaik selain mampu memperkaya khazanah sastera Islam tanah air."

LUPAKAN beberapa watak yang tiba-tiba muncul dan tiba-tiba menghilang atau yang tiba-tiba hidup dan tiba-tiba `dimatikan’.Saya bukan `pembaca novel’ yang baik tetapi novel ini `memaksa’ saya untuk membaca pembuka katanya:`Cairo kurasakan sepi tanpa surat-suratmu. Bunyi sahrawi yang mengepuk debu kering itu bagai membawa gemersik suaramu…’ Dan, pembuka kata bersurat novel ini `memaksa’ saya untuk terus bersantai hingga kepada penutupnya yang mengusik, `Wardah… Balqis… Maafkan aku’.

Ulasan:
Ceritanya agak ringkas dan berkisarkan mengenai pelajar yang kurang berkeyakinan jika berada didepan orang ramai seperti memberi ceramah dan syarahan. Amir Mukhlis mempunyai prinsip yang amat teguh dan amat berpegang kepada ajaran agamannya. Statusnya sebagai Penghafaz Al-Quran menjadikan beliau seorang yang amat menitikberatkan pertuturan dan pergaulan sesama manusia terutamannya apabila berdepan dengan kaum hawa yang banyak memberi cabaran ke atas prinsip hidupnya. Kerana prinsip itu jugalah Wardah menganggap Amir seorang yang ego...namun hanya Amir dan Allah sahaja yang mengetahui isi hatinya. 

Sehinggalah Amir melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Mesir, di sana juga prinsipnya juga menjadi taruhan kaum hawa, namun Amir memang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Namun di saat Amir 'merasakan' sesuatu dan setelah kehilangan Wardah, kesihatannya telah menjadi penghalang. Namun berkat doanya, Amir berjaya juga menghabiskan pengajiannya dan kembali ke Malaysia untuk meninggalkan segalanya termasuk seorang muslimah yang sangat mengharapkan jawapan darinya.

Amir pulang ke Malaysia untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga, namun ibu bapanya lebih cekal menghadapi segalanya. Jangan mengalah, tetapi terus mencuba untuk terus hidup.

Adakah Amir Mukhlis masih mempunyai masa untuk terus berjuang menyampaikan tulisannya? Adakah cita-citanya ingin menjadi penulis akan terlaksana? 

Rating: ***** (memang berbaloi membelinya)

6 comments:

  1. saalm..best novel ni..salam perkenalan.done follow

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan juga...terima kasih follow saya

      Delete
  2. Saya nak beli novel ni.. macamana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak jual novel ni. Tp kalau berminat nak beli, ini link nya : http://pts.com.my/index.php/buku/warkah_cinta_berbau_syurga/
      Ataupun boleh dapatkan kat kedai2 buku. MPH dan popular selalunya ada buku terbitan PTS

      Delete
  3. Assalamualaikum..maaf bertanya novel nie ade smbungan-smbungannya ker?

    ReplyDelete
  4. Ya...buku ini ada sambungan.
    Buku sambungannya : Kala Cinta dan Wahyu Bersatu
    Saya ada menulis sinopsisnya sekali.
    Maaf lambat reply...baru perasan

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails