Friday, July 25, 2014

Masih Setia (Aisya Sofea)

Tajuk : Masih Setia
Penulis : Aisya Sofea
Penerbit : Alaf 21
535 m/s

Sinopsis Belakang Buku:
Miera - Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!

Rudi - lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.

Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinyaa. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan hadir tanpa diundang. Mengapa hatinua mudah tercuit dek lelaki itu?

Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintainya, Dr. Malik yang diingininya. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?

Ulasan:
Buku aisya sofea memang dah banyak saya baca dan beli. Kebanyakannya memang memuaskan hati saya. Buku ini pun sama. Cuma pada awal cerita sebelum Miera berjumpa dengan Dr. Malik tuh yang agak slow sikik. Bayangan gempa bumi tak berapa real tapi Aisya sofea mampu mengulasnya dengan baik.

Pertemuan Miera dengan Rudi memang tak membuka pintu Miera untuk menerima Rudy lebih dari seorang saudaranya sehinggalah Miera bertemu dengan Dr. Malik. Dr. Malik membuatkan Miera merasakan sesuatu yang tak pernah dia rasai sebelum ini. Dr. Malik juga mempunyai rasa yang sama. Namun perasaan itu terpaksa ditolak ke tepi selepas mengetahui status Dr. Malik yang sebenarnya. Dr. Malik memilih untuk setia dengan pilihannya, walaupun Miera sendiri menjadi saksi punca pergolakan dalam hubungan mereka. Namun, Dr. Malik menganggap Miera melakukannya untuk mendapatkan cintanya. Walaupun begitu, akhirnya mereka disatukan juga selepas Dr. Malik mengetahui kebenarannya dan keluarga Miera terpaksa akur dengan pilihannya.

Apakah status Dr. Malik? Apakah yang Miera ketahui sehingga membuatkan Dr. Malik membencinya.
Semuanya terjawab dalam buku ini.

Rating : **** (bolehlah)


Sunday, July 20, 2014

Rindu Awak 200% (Liyana Zahim)

Tajuk Buku : Rindu Awak 200%
Penulis : Liyana Zahim
Penerbit : Alaf 21 (Karangkraf)
597 m/s
Sinopsis Belakang Buku
:
Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!



Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?

Ulasan:
Ini adalah buku pertama tulisan Liyana Zahim yang saya baca. Kalau ikutkan ini baru cetakan pertama pada tahun 2013. Perjalanan cerita memang simple dan tak meleret, cuma tak ada surpriselah sbb memang kita boleh agak yang mereka berdua akan baik akhirnya. Tentang kerja yang dilakukan oleh Zill pula, saya memang dah boleh agak dari awal lagi.  Jalan cerita memang tak boring dan digarap dengan baik oleh penulis. Part yang paling best dan agak touching bila Armel (watak utama) menyesal dan sedar akan kesalahannya setelah 'sesuatu' hampir berlaku atas dirinya. Part sedih memang keluar air mata jugaklah... bila mereka berdua nak berbaik semula pun best. Lepas mereka baik pulak, kesetiaan Zill diduga sekali lagi apabila rakan sekerja Zill menagih kasih sehingga sanggup mereka-reka cerita agar Armel menaruh syak wasangka kepada suami. 

Kesimpulannya, bacaan santai, tak boring dan kesudahan yang menggembirakan.

Buku ini telah diadaptasikan kepada telemovie. Boleh tengok online di sini: http://www.dailymotion.com/video/x21k0kw_rindu-awak-200-episod-1-15-07-2014_tv . Tapi dalam tv ni, awal2 dah tunjukkan apa pekerjaan Zill Faezrul. So memang tak surpriselah.

Rating : **** (best)
Related Posts with Thumbnails