Thursday, January 30, 2014

Tombiruo (Ramlee Awang Murshid)


Tajuk Buku : Tombiruo
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf21

517 mukasurat

Sinopsis Belakang Buku:
Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.

Ulasan:
Cetakan pertama buku ini adalah pada tahun 1998 dan sehingga 2013 telah mencapai cetakan yang ke 14. Bila tengok cetakan ke berapa memang dah boleh agak yang cerita ini  memang best. Buku RAM sebelum-sebelum ni pun memang best-best macam ni jugak. RAM memang pandai menyusun perjalanan cerita agar tidak membosankan. RAM juga suka menyembunyikan beberapa fakta pada permulaan yang memang mencabar pembaca macam saya. Bila kita banyak berteka-teki, penceritaan akan menjadi lebih menarik.

Bermulanya kewujudan Tombiruo atau nama lainnya Ejim memang dah memberi tandatanya kepada saya. Adakah dia adalah manusia atau bukan. Ejim yang telah dibesarkan seorang pelarian perang memang mendapat tunjuk ajar yang baik. Rupa Ejim yang berlainan menyebabkan dia tetap kekal di dalam hutan dan menjadi menjaga sebahagian hutan yang dimiliki oleh Datuk Karim. Malapetaka yang telah menimpa Datuk Karim dan anaknya telah mengundang satu misteri kepada Amiruddin, menantu Datuk Karim dan keluarga. 

Kemunculan Wan Suraya yang cuba merungkaikan misteri dan rahsia pembunuhan di Kuala Lumpur mengundangnya terbang Keningau, Sabah. Apa yang disiasat oleh Wan Suraya memang ada kaitannya dengan apa yang berlaku kepada keluarga Datuk Karim. Amiruddin juga mempunyai hubungan yang kuat dengan Ejim yang membawa kepada terungkainya misteri dan rahsia yang terpendam sekian lama. Yang pastinya penukaran nama di dalam wasiatlah yang menjadi penyebab kepada semua yang berlaku.

Rating : ***** (mesti baca)


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails