Monday, December 20, 2010

Harta Itu Aku Punya! - N.J. Neri

Tajuk : Harta Itu Aku Punya!
Penulis : N.J Neri
Penerbit : PTS One Sdn Bhd

Sinopsis Belakang Buku:
"Pak Cik Mansur orang yang sangat kaya. Ayah pasti ladangnya tidak ke mana-mana. Dia rajin dan tekun bekerja. Malangnya dia tidak ada anak ataupun waris. Ayah yakin kamulah satu-satunya waris yang dia ada."

Mata Adana terbuka luas. Dia cepat-cepat menutup mulut yang terlopong. Betulkah dia pewaris ladang bernilai jutaan ringgit?

Sejak ayahnya diisytiharkan muflis dan dipenjarakan, Adana hilang segala-galanya. Rumah besar. Kereta mewah. Pakaian mahal. Duit untuk berbelanja. Mungkinkah ini peluang untuknya kembali menjadi kaya dan hidup seperti puteri raja.

Adana tidak peduli. Walau apa pun kesusahan yang perlu dia tempuh bagi memenangi hati Pak Cik Mansur, dia sanggup! Baginya, harta itu dia punya!

Ulasan:
Cerita ini agak simple sahaja. Adana sanggup menerima 2 syarat yang telah ditetapkan Pak Cik Mansur jika ingin menjadi pewarisnya. Bekerja di ladang memang amat memenatkan tetapi Adana akhirnya lebih menghargai ladang-ladang itu. Bekerja dengan pekerja lain yang tidak mengetahui latar belakangnya juga memang mencabar kesabarannya. Akhirnya, niatnya untuk menjual ladang tersebut selepas berjaya mewarisinya tidak diteruskan. Kerjaya untuk membaiki rumah besar di atas bukit yang pernah dijilat api memang memberi cabaran kepadanya. Namun dengan pertolongan daripada Lukman dan Maizura yang setia membantunya,  akhirnya mereka berjaya merubah rumah yang hampir runtuh menjadi seperti istana.

Kehadiran anak angkat Pak Cik Mansur yang disangkakan anak Pak Cik Mansur seperti bertemu buku dengan ruas. Kelakuan Linda yang agak berlagak memang membuatkan Adana menyampah. Akhirnya rancangan Linda untuk menyingkirkan Adana dari senarai pewaris harta telah diketahui oleh Adana dengan bantuan Lukman. Adana akhirnya membuang syak wasangkanya terhadap Lukman selama ini.

Di akhir cerita, rumah yang telah diubahsuai oleh Adana sendiri telah diserahkan kepada ibubapanya sendiri dan Adana telah layak untuk mewarisi harta jutaan ringgit itu. Dia juga tak akan sekali-sekali melepaskan ladang itu kepada orang lain kerana dia telah mula menyayangi apa yang telah dilakukan selama ini; dan niat Tuan Mansur juga telah terlaksana.

Rating : *** (bacaan santai sahaja)

Wednesday, November 24, 2010

Gelora di Tasik Biru-Diya Elora

Tajuk Buku : Geloran di Tasik Biru
Penulis : Diya Elora
Penerbit : Novel Creative Enterprise
m/s : 284


Sinopsis belakang buku:
Bukan tidakku tahu mawar itu berduri. Bukan tidakku hati-hati. Namun semerbak harummu, seseakli aku lupa diri. Lupa pada amaran-amaran yang pernah kau lontarkan. Lupa pada satu ikatan yang menjadi penghalang.


Lalu tunas kasih yang cuba kau bunuh.diam-diam, aku baja dan siramkannya. Aku semai dan aku jaga. Lalu bunga-bunga cinta mengharum dan memenuhi laman asmara. Kekasih , aku intin memilikimu……..tapi aku tahu aku tak mampu. Menyentuhnya…...aku bimbang hatiku sendiri yang terluka.

Ulasan:
Ini adalah buku pertama tulisan Diya Elora yang saya baca. Inipun saya pinjam kerana saya selalunya hanya akan beli dan buat koleksi buku-buku yang best sahaja dan daripada penulis yang saya biasa dengan penulisannya.

Diya Elora melalui buku ini agak terbuka dan beliau banyak memberitahu pembaca apa yang ingin disampaikan dalam cerita ini. Dari awal cerita dan ending cerita ini saya dah boleh agak cuma jalan cerita mungkin akan berpanjangan. Percintaan antara adik beradik angkat yang digambarkan dalam cerita ini agak menarik jugak dan macamana Dina menjadi kegilaan hampir kesemua watak lelaki dalam buku in juga digambarkan dengan baik dan ringkas.

Kisah cinta dan mainan perasaan agak kurang 'touching' bagi saya. Tapi ceritanya agak ringkas dan tak meleret-leret membuatkan saya tak jemu dan cepat untuk menghabiskan kesudahana cerita ini.

Percintaan adik beradik angkat ini mendapat tentangan daripada ibu mereka sendiri kerana ingin menjaga maruah dan nama baik mereka yang seterusnya hampir memecah belahkan keluarga mereka semua. Namun sesuatu telah berlaku menyebabkan Dina terpaksa akur dengan pilihan emaknya, namun pemergian orang yang tersayang telah memberi sinar baru dalam hidup mereka berdua.

Pesanan: siapa yang nak baca buku ini, jangan skip walau 1 ayat sekalipun kerana anda tidak akan tahu dengan siapa Dina akan temui bahagia kerana pengakhiran cerita ini agak tergantung dan anda akan tahu endingnya kalau tak terlepas 1 dialog penting di awal cerita.


Rating : *** (bolehlah kalau nak buat koleksi)

Saturday, September 18, 2010

Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah

Tajuk Buku : Andai Itu Takdirnya
Penulis : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima
m/s : 583

Sinopsis Belakang Buku:
"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tidak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kesalahan yang pernah dibuat pada saya."


"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu TakdirNYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.


"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Ulasan :
buku pertama yang saya baca tulisan Siti Rosmizah (SR) sangat menyentuh perasaan. Kena ada banyak tisu kalau nak baca novel nih. Boleh dikatakan dari awal cerita hingga ke akhir ada aje adegan sedih dan sayu. 

Aleya telah lama menyimpan perasaan pada Syed Aizril yang merupakan seorang jejaka tampan anak salah seorang tokoh korporat yang juga merupakan rakan kuliahnya di United Kingdom. Syed Aizril juga menyimpan perasaan pada Aleya, tetapi kerana sikapnya yang ego dan mementingkan darjat telah menutup getaran rasanya sendiri.

Kerana hasad dengki seseorang telah menyatukan mereka berdua namun sebuah perkahwinan bagaikan neraka buat Aleya kerana bersuami Syed Aizril yang ego, pemarah dan tak berhati perut. Pelbagai perkara dilakukakan sehingga merampas permata berharganya tanpa rela. Aleya terpaksa mendengar cemuhan dan hinaan sekeliling kerana menjadi balu sebelum masanya dan anak yg bakal dilahirkan menjadi yatim sebelum masanya. Namun Aleya masih bernasib baik kerana anaknya selama dilahirkan.

Tatkala Aleya ingin meneruskan hidup bersama anaknya, dia terpaksa pulang semula ke mahligai milik suaminya demi anaknya Dania. Kebahagiaannya hanya sementara, akibat hasad dengki dan khianat serta ego dan kemarahan, Aleya di uji sekali lagi sehingga dia tidak mampu bertahan lagi. Namun mereka sekali lagi tidak dapat dipisahkan kerana Aleya disahkan mengandung. Pelbagai perkara dilakukan oleh Syed Aizril untuk menebus kesalahannya semula terhadap Aleya. Akhirnya Aleya kembali semula kerana hidupnya hanya untuk Syed Aizril dan kebahagiaan anak-anaknya dimahligai itu.

Dugaan dan cubaan masih menjadi permainan hidup Aleya apabila Syed Aizril sekali lagi diuji keikhlasannya oleh sepupunya yang telah lama menyintainya. Namun kebahagiaan tetap milik mereka berdua berkat doa seorang isteri yang solehah dan yang selalu mendoakan kebahagiaan yang berkekalan.


Rating : ***** (sangat berbaloi dijadikan koleksi)

Sunday, September 5, 2010

Arca di Cermin - Siti Rozilah


Tajuk Buku : Arca di Cermin

Penulis : Siti Rozilah
Penerbit : Creative Enterprise Sdn Bhd
M/s : 307


Sinopsis di belakang buku :
Dia hidup hari ini di atas rentetan duka silam yang disimpan di dalam memori hitam. Duka semalam tidak akan hilang kerana hari ini kasih sayang telah lama hancur bersama hancurnya sebuah harga diri… Dalam kebekuan, dia rindukan seseorang hadir, membawa bersamanya salam sayang dan penuh kerinduan. Tetapi apalah ertinya semua itu jika yang hadir dan pergi itu sekadar untuk menghancurlumatkan hatinya.

Ulasan:
Cerita ini agak ‘laju’ atau agak tergesa-gesa jika dilihat daripada jalan ceritanya yang panjang. Siti Rozilah selalunya menulis buku yang lebih tebal, dan bagi saya cerita ini juga sepatutnya lebih panjang. Kalau diceritakan lebih detail, rasanya mungkin dua kali ganda muka suratnya. Tapi bagi saya, cerita memang best Cuma, saya dapat agak apa rahsia di sebalik cerita ini dan apa penulis sembunyikan pada awal ceritanya.

Saya tak dapat kenalpasti watak utama dalam cerita ini kerana tumpuan penulis agak sama untuk setiap watak-watak utama. Cerita mengenai 3 orang kanak-kanak lelaki Kamal, Lokman dan Azeem yg agak nakal telah menyebabkan kebakaran berlaku kepada Vila Impian yang berada agak jauh dari kawasan perkampungan. Rentetan kebakaran ini adik-beradik kembar iaitu Sofia dan Kamaria telah terpisah dan salah seorang mengalami kecacatan muka kerana hasad dengki saudara kembar sendiri.

Selepas berbelas-belas tahun, mereka semua ditemukan semula dengan perwatakan yang berbeza. Sofia telah berjaya mencapai cita-citanya dan mengembalikan keyakinan diri dengan bantuan suaminya yang merupakan insan pertama yang tidak memandang kecacatan pada wajahnya. Kamaria pula, tubuhnya dijadikan sumber rezeki lelaki yang disangkanya dapat bergantung harap setelah kematian ibu bapa dan datuknya. Akhirnya, dia telah dijual kepada seorang datuk yang seterusnya membawa kepada pertemuan dengan Lokman dan dendam Kamaria pun bermula. Akhirnya rahsia kebakaran Vila Impian telah terbongkar dan Kamaria akhirnya bertemu dengan Sofia.

Sofia pula telah berkorban untuk kakaknya dan dia sendiri lagi meneruskan hidupnya. Sofia boleh menipu orang lain tetapi bukannya Azeem. Hanya Azeem yang tahu apa yang disembunyikan olehnya. Dan Azeem juga tahu itulah destinasinya kelak..

Tuesday, August 31, 2010

ADAM (Aku Darah Anak Malaysia) - Ramlee Awang Murshid


Tajuk Buku : ADAM (Aku Darah Anak Malaysia)
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21
M/s : 571

Sinopsis Belakang Buku :
DIA MUNCUL SECARA TIBA-TIBA, DIA MENGHILANG ENTAH KE MANA.

Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun keriangan mereka diragut bila kereta mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya.

Jeslina koma manakala Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washinton D.C. Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan.

Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya.

Sebagai seorang penembak tepat dalam Pasukan Polis Di Raja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya. Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House!

Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu…

Ulasan:
Buku ini agak lama jika dibandingkan buku-buku baru Ramlee Awang Murshid (RAM) yang saya baca akhir-akhir ini. Setelah menghabiskan Mikhail, saya terpanggil untuk membaca buku ADAM ini pulak kerana ia juga melibatkan dunia jenayah dan cerita aksi tulisan RAM.

Hilman telah tekad untuk menuntut bela atas konspirasi disebalik kemalangan yang menimpanya dan anaknya Jeslina. Namun kehadiran Mia Sara menggugat niatnya untuk melakukan pembunuhan ke atas kuasa yang paling tinggi di White House.

Hilman pernah menyelamatkan Mia Sara dari ambang maut dan hati mereka telah lama bersatu. Mia Sara telah lama menyimpan perasaan terhadap Hilman walaupun Mia Sara layak bergelar anaknya kerana jarak umurnya yang jauh lebih muda dari Hilman.

Walaupun niatnya tidak kesampaian, namun Hilman perlu juga memberi ‘buah tangan’ kepada kuasa tertinggi di White House itu. Dengan dibantu oleh egen CIA yang pernah diselamatkannya ketika kejadian KLCC yang ditawan oleh pengganas, Hilman dapat melarikan diri dari New York dan selamat pulang ke Malaysia untuk menemui Jeslina yang telah dipindahkan ke salah sebuah hospital di Malaysia.

Kecelakaan yang menimpa Jeslina telah merapatkan hubungan antara keluarga Hilman dan keluarga arwah isterinya. Kepulangan Hilman memberi sinar baru kepada mereka semua. Mia Sara pula meletak jawatan dan pulang ke Malaysia untuk selama-lamanya. Semasa ketibaannya, Mia Sara telah dikejutkan dengan lamaran dari insan yang telah lama bertakhta di hatinya dan ‘hati mereka’ telah lama bersatu, cuma waktu dan jarak telah memisahkan mereka.

Rating : ***** (berbaloi dijadikan koleksi)

Wednesday, August 18, 2010

Mengintai Cinta Khalifah - A. Ubaidillah Alias

Tajuk : Mengintai Cinta Khalifah
Penulis : A. Ubaidillah Alias
Terbitan : PTS Litera Sdn Bhd
m/s : 384

Sinopsis Belakang Buku :
Imran, remaja yang tercari-cari erti sebuah legasi demi memimpin cintanya menuju syurgawi. Dia cuba menyelami hakikat khalifah yang makin kabur. Dalam diam, jiwanya sentiasa memugar cinta Laila yang prejudis terhadap agamawan. Kerana cinta dia berusaha mengubah persepsi Laila. Namun, Laila tetap dengan pendiriannya. Ketika itu, hadirlah Nanda Gracer iaitu seorang Gadis asing yang mengheretnya ke dalam perdebatan antara kebenaran Islam dan kejahatan orientalis. Imran tekad menghadapi argumentasi itu dan merubah pandangan Nanda. Dalam diam, Nanda terpesona terhadap karisma dan kemantapan ilmu Imran. Dalam menggapai cinta Laila dan hambatan cinta Nanda, adakah Imran akan memperkukuhkan dirinya sebagai Khalifah Tuhan di muka bumi?

Ulasan :
Ini merupakan buku pertama tulisan A. Ubaidillah yang saya baca, dan buku ini jugalah buku pertama terbitan PTS. Pada awal cerita memang diselitkan ilmu yang sangat padat. Penulis memang ingin menyampaikan mesej apa sebenarnya seorang khalifah di sisi Islam. Pelbagai ilmu dan pengalaman yang diceritakan sepanjang Imran Jazimin (watak utama) menuntut di Universiti Al-Azhar setelah kehilangan kedua ibubapanya dan kemalangan yang menimpa dirinya.

Berbekalkan janji setia pada Laila di Malaysia, beliau merantau untuk mencari ilmu dan mencari makna khalifah yang sebenarnya sebelum membina mahligai bersama Laila. Namun kerana tiada berita dan khabar dari Imran, telah menyebabkan Laila memilih insan lain yang cuba merapatinya.

Imran akhirnya telah bangun dan menubuhkan perniagaan sendiri yang berlandaskan dakwah secara maya. Perkenalan dengan Salsabilah telah membuatkan beliau dapat melupakan Laila yang telah berkahwin. Imran telah mengambil langkah seperti yang dituntut dalam Islam dalam mendekati bakal isteri. Tanpa bertemu dengan Sal, beliau telah merisik keluarga Sal yang jauh di selatan. Dalam masa yang sama juga Laila menghadapi masalah dengan suaminya dan telah menjadi janda dalam usia yang muda. Ketika itu juga Imran diuji dengan kehadiran Nanda (bukan muslim) yang ingin mencabarnya berdebat tentang agama Islam. Nanda yang dihantar melalui satu misi, menggunakan pelbagai cara dan soalan untuk mencabar ilmu Imran.

Penyesalan Laila dan harapan ibubapa Salsabilah membuatkan Imran perlu bijak dalam membuat keputusan. Petunjuk demi petunjuk telah diberikanNya, namun siapakah yang akan dipilih oleh Imran? Siapakah pula yang dicintai oleh Salsabilah? Adakah Laila masih mengharapkan Imran setelah tidak jujur? Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Siapalah kita yang boleh menentukannya. Hanya doa yang mampu kita berikan sebagai harapan. Apa pula yang terjadi kepada Nanda dan pembantunya?

Saranan: buku ini mengandungi banyak ilmu agama yang mungkin anda sendiri tidak pernah tahu mengenainya. Penulis pasti membuat rujukan yang banyak di samping ilmu yang telah ada dalam dirinya. Saya percaya, pembaca akan menyukai 'ending' cerita ini seperti saya. Buku ini sangat sesuai untuk dijadikan koleksi dan rujukan untuk seorang muslim.

Rating : ***** (sangat berbaloi untuk dijadikan koleksi)

Tuesday, August 10, 2010

MAWAR - NASS ALINA NOAH

Tajuk Buku : Mawar
Penulis : Nass Alina Noah
Terbitan : Utusan Publication
Bil m/s : 360

Sinopsis belakang buku:
Mawar dilanda dilema. Sikap Ibu dan kakak tiri sering menyusahkannya. Dalam pada itu, terpaksa pula Mawar menerima perkahwinan yang telah dirancang oleh arwah Abahnya dan Datin Maznah. Dia tidak dapat menerima status sebagai isteri kerana usianya yang masih muda.

Dia punya cita-cita yang tinggi menggunung dan baginya status sebagai seorang isteri akan menjadi tembok penghalang untuk mengejar cita-cita. Lantaran itu, perkahwinan Mawar dan Johari hanya pada nama.

Johari yang taat pada permintaan ibunya. Dia berazam untuk mencintai isterinya dan memberi peluang kepada mawar mengejar cita-citanya. Namun dapatkah Johari menawan hati Mawar dan mematuhi pelbagai syarat yang dikenakan oleh Mawar?

Ulasan:
Dah lama tak baca kisah remaja...susah jugak nak tune balik kepala nih dengan cerita2 budak nih...
cerita nih bagi saya ok jer, sbb santai je bacaannya. Kelakarpun ada jugak sikit-sikit. Saya selalu jugak baca buku-buku Nass Alina Noah (NAN) nih, beliau memang agak cenderung dalam buku-buku remaja. Buku dewasa tak banyak sangatlah.

Slot cerita agak simple dan boleh agak apa yang akan berlaku. Susur galur cerita agar lancar dan tak berbelit2. Keseluruhan cerita memang telah diceritakan di dalam sinopsis di belakang buku ini.

Di akhir cerita, Mawar telah diaibkan oleh Michelle yang cemburu dengan status Mawar di sisi Johari. Johari pula berada dalam keadaan koma selepas terlibat dalam satu kemalangan pada malam peristiwa yang mengaibkan itu. Kesudahan cerita ini agak tergantung tetapi seperti biasalah NAN memang suka tulis cerita yang kesudahan sama ada sad ending ataupun tergantung macam ni. Tapi bagi saya, selepas Johari kemalangan, Mawar mungkin akan meninggalkan suami kerana Mawar merasakan Johari layak memiliki wanita yang lebih baik daripadanya.

Rating: *** (biasa sahaja)

Monday, August 2, 2010

Mikhail

Tajuk Buku : Mikhail
Penulis : Ramlee Awang Mursyid
M/S :
Gendre : Aksi

Sinopsis belakang buku :
MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

UIasan:
Dalam banyak-banyak buku Ramlee Awang Murshid, saya paling minat buku ini sebab memang jalan cerita tak ada langsung yang boring...aksi memang dibayangkan dengan teliti dan tepat oleh RAM. Banyak lagi buku RAM yang saya tak baca dan RAM memang tak pernah mengecewakan peminatnya. Hasil tulisan beliau tidak stereotype langsung dan watak dan jalan cerita yang diketengahkan memang berkesan kepada pembaca. Walaupun saya sibuk dengan kerja-kerja rumah dan kerja pejabat, namun saya dapat habiskan buku ini dalam masa 24 jam.

Watak Mikhail yang pada awalnya seolah-olah nama watak utama rupa2nya adalah nama gelaran untuk sebuah kumpulan pembunuh bersiri dan menggunakan note USD1 sebagai 'killer signature'. Seorang Mikhail yang mengejar telah dikejar oleh Mikhail yang lain. Pelbagai aksi yang mengejutkan berlaku sepanjang cerita menjadikan cerita ini "happening". Selain itu, ada juga diselitkan kisah cinta yang sangat ringkas tapi memberi kesan kepada sesiapa yang membacanya. Dengan pembunuhan-pembunuhan yang berlaku, pelbagai konspirasi yang timbul sehinggalah menuju kepada punca utama wujudnya MIKHAIL ini. Selain itu, penyakit  paranormal yang berlaku ke atas Mikhail jugaklah yang membantu Mikhail mencari identiti sebenarnya.

Sesiapa yang belum membaca buku ini, baik pergi beli dan buat koleksi. Saya pinjam buku ini dari perpustakaan, tp saya akan beli jugak buku ini sbb berbaloi sangat kalau nak buat koleksi dan menambah koleksi buku2 RAM saya.

Rating : ***** (sangat berbaloi dijadikan koleksi)

Saturday, July 31, 2010

Kaulah Satu - Fatin Nilam Sari


Tajuk Buku : Kaulah Satu
Penulis : Fatin Nilam Sari
m/s : 
Gendre : Percintaan
Terbitan : Kakinovel (boleh beli online dengan harga diskaun dan free postage)

Sinopsis Belakang Buku :
Anisa Camylia menjejakkan kakinya ke Pulau Pinang dengan satu misi yang satu : memporak-perandakan rumah tangga papanya dan Auntie Norma dengan harapan keluarganya akan bersatu kembali.

Ironis sekali tatkala misinya telah berubah kepada menyelamatkan Auntie Norma apabila mata hati Anisa Camylia terbuka luas menyaksikan petualangan papanya dengan perempuan lain.

Pertembungan pertamanya dengan Jay di stesyen kereta api Kuala Lumpur Sentral telah menggoyah tugu cintanya dengan Nazwan. Lantas dia terperangkap di dalam permainan perasaan ini.

Berjayakah Anisa Camylia dalam misinya untuk menyelamatkan ibu tirinya itu? Siapakah satu-satunya insan yang bertakhta di hati Anisa Camylia???


Ulasan:
Jalan cerita agak santai jika hendak dibandingkan dengan buku-bukunya yang lain. Saya dah boleh agak jalan ceritanya dari awal lagi. Penulis memang agak tak berselindung dengan cerita yang akan disampaikan.

Misi Anisa Camylia yang pada awalnya ingin memporak-perandakan hubungi bapanya dengan ibu tirinya telah bertukar menjadi penyelamat rumahtangga mereka kerana naluri perempuan yang sememangnya tidak mengizikan kaum sejenisnya dianiaya berulang kali. Jika bapanya cuba mengulangi kesilapan dengan ibunya, Anisa Camylia tidak sanggup menghadapi sekali lagi lebih-lebih lagi dihadapan matanya sendiri.

Perasaan Cinta Anisa Camylia yang mudah berputik pada jejaka yang baru dikenali agak menarik jugak kerana memang nampak sangat sikap remaja Anisa yang membuat sesuatu yang diluar jangkaannya sendiri...dan dia juga pernah 2 kali terkorban akibat dari tindakannya sendiri dan dengki seorang wanita keempat. Namun kemaafannya adalah dendam yang terindah dan hidup perlu diteruskan.

Kesudahan cerita memang 'happy ending', so kepada sesiapa yang menyukai happy ending, boleh lah baca buku ni.

Rating : *** (bacaan santai)

Thursday, June 10, 2010

Tragedi Cinta Taj Mahal

Tajuk : Tragedi Cinta Taj Mahal
Penulis : Aneesah Aliyyah
Terbitan : Telaga Biru
m/s : 199
Tarikh mula baca : 09/06/2010
Tarikh habis baca : 10/06/2010

Sinopsis (belakang buku):
Natasha merupakan anak sulung Dr. Farid dan isterinya, Puan Hasmah. Dia mempunyai seorang anak kembar, Aleesha yang berusia 18 tahun. Mereka berdua melanjutkan pelajaran di Victoria University, Wellington, New Zealand.

Di Wellington, Natasha bertemu seorang pemuda kulit putih yang berjaya mengambil hatinya, Jonathan. Jonathan juga sangat tertarik dengan hubungan antara benua dan antara agama ini tidak dapat diteruskan kerana Dr. Farid hendak Natasha dikahwinkan dengan anak rakan karibnya, Bahar. Sebagai anak yang taatkan orang tuanya, Natasha turutkan sahaja walaupun dia terpaksa mengorbankan perasaannya.

Natasha sering mendapat igauan tentang kematian. Ternyata igauannya menjadi kenyataan. Dia memang hendak dibunuh dalam kes langgar lari di Wellington, lantas memaksanya balik ke Malaysia.

Di Malaysia, berkat taatkan orang tuanya, Natasha hidup bahagia di samping suaminya di rumah mereka yang diberikan nama Mahligai Taj Mahal. Namun, kebahagiaan itu hanya sementara kerana Bahar mati secara tiba-tiba.

Kematian Bahar adalah kematian kedua di mahligai itu. Benarkah dia dibunuh? Atau ia merupakan satu sumpah di mahligai itu? Mengapa Jonathan muncul selepas kematian Bahar dan dapatkah dia mengahwini Natasha?

Ulasan:
Keseluruhan cerita telah digambarkan oleh penulis dalam sinopsis di belakang buku ini. Cuma kesudahan cerita menjadi tandatanya kepada pembaca.

Penulis banyak menggambarkan kekuatan rohani seorang wanita yang teguh berpegang pada Cinta Yang Agung (Allah). Dugaan dan ujian diterima dengan redha dan nikmat yang diterima dipulangkan kembali kepada jalanNya.

Cerita ini agak ringkas dan padat. Jalan ceritanya tidak meleret-leret dan terus kepada intipati ceritanya sendiri....dengan kata lain 'straight to the point'. Pembacaan agak santai tapi berilmu sepanjang membaca buku ini. Ilmu ke'rohanian' juga diselitkan serba sedikit untuk menjadikan ceritanya lebih menarik dan inilah punca sebenarnya permasalahan dalam buku ini. Hasad dengki dan penganiayaan penganut lain itulah yang telah memakan dirinya sendiri.

Apa yang pasti, sesiapa yang berpegang teguh kepada amalanNya akan terus dilindungi dari segala perbuatan syirik dan sesiapa yang melakukan syirik, akan tertimpa perbuatannya ke atas dirinya semula.

Bagi saya, kesudahannya amat memeranjatkan tapi saya amat berpuas hati dengan kesudahannya cerita ini. Nak tahu kesudahannya? Dapatkan buku ini di kedai2 buku atau di link ini : http://www.stormreaders.net/gedungilmunorhazlina

Rating : ***** (sangat berbaloi dijadikan koleksi)

Sunday, June 6, 2010

Sesuci Cinta

Tajuk : Sesuci Cinta
Penulis : Aida Emir
Terbitan : Alaf21

Sinopsis : Sesuci Cinta

Nuraina, gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Dia pernah terluka dan kerana itu pelarian adalah satu cara untuk mengembalikan mengembalikan harga diri yang telah dirobek dan dihina. Walau setinggi mana cintannya pada Armand, dia sedar cinta tanpa harta tidak ke mana.

Bertahun lamanya di rantau orang, jauh dari keluarga tercinta, akhirnya apa yang diimpikan jadi nyata. Kepedihan dan kekecewaan terubat dengan kehadiran Behzad yang dapat menerima seadanya.

Namun manusia ... sehebat mana pun merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Lambaian Istana Al-Hambra membawanya ke Andalusia, Sepanyol. Tanpa terduga, dia bertemu kekasih lamanya, Armand.

Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu lantas mengetuk hatinya semula. Dia tahu lelaki yang dikasihi itu tidak pernah bersalah. Dialah yang sebenarnya beralah terlalu mudah. Kini dia keliru! Antara kasih dan kasihan. Antara cinta barunya dengan nostalgia cinta pertamanya.

Cuma manusia sering terlupa, realiti tidak seindah mimpi. Cukupkah dengan lafaz cinta sahaja boleh menjanjikan bahagia? Cukupkah...?

Wednesday, June 2, 2010

Saat Kau Kata Cinta

Tajuk Buku : Saat Kau Kata Cinta
Penulis : Anis Ayuni
Penerbit : Alaf 21
m/s : 512

Sinopsis (belakang buku):
MELIHAT gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di Paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar. Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan. Lalu, ‘direlakan’ episod cinta anak-anak sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran.
        Takdir menemukan Darwina dengan Azril. Lelaki itulah sandarannya untuk membina bahagia. Sedang hatinya diulit cinta, dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yang merindu.
        Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yang diharap, derita yang tiba. Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dalam bercinta.
        Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak per nah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai pe nyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril?

Ulasan :
Keseluruhan cerita dapat digambarkan daripada sinopsis belakang buku, cuma penamatnya sahaja mungkin menjadi tanda tanya...keseluruhan cerita agak menarik tapi jalan cerita tulisan Anis Ayuni (AA) kali ini agak tidak jauh beza daripada cerita-cerita dari penulis lain...sentuhan AA kali ini kurang menyengat jika dibandingkan dengan cerita-ceritanya yang terdahulu. AA seolah-olah menukar corak penulisannya kali ini.
   Ceritanya kali ini bermula dengan watak Darwina ketika dipersekolahan sehingga menjadi seorang graduan, sedangkan sebelum ini kebanyakan buku AA selalunya berkisar kepada watak-watak dewasa (saya ada sebiji lagi buku AA yang saya belum baca) dan ini sedikit sebanyak telah menjadikan karya ini kurang menarik bagi saya kerana saya lebih berminat dengan watak-watak yang lebih dewasa. Namun karya AA kali ini masih berbaloi untuk dijadikan koleksi. Saya memang memiliki hampir semua buku AA terbitan alaf21 kerana AA adalah salah seorang penulis pujaan saya, dan saya pun memang pernah berjumpa dengan beliau di pesta buku sebelum ini. Bagi pembaca yang memang mempunyai semua koleksi AA, boleh menambah koleksi buku anda.
 
Rating : *** (bacaan santai - boleh dijadikan koleksi)

Wednesday, May 26, 2010

Tunggu Teduh Dulu

Tajuk Buku : Tunggu Teduh Dulu
Penulis : Faisal Tehrani
Terbitan : Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
m/s : 678

Ulasan:
Buku ini memaparkan kekuatan wanita melalui watak Salsabila Fahim. Beliau menempuhi pelbagai rintangan dalam pelbagai perkara dan keadaan. Diuji dengan perebutan kasih antara 2 sahabat, Salsabila merujuk kepada Yang Maha Esa untuk membuat pilihan namun tiada petunjuk menunjukkan antara kedua-duanya. Akhirnya jawapan ditemui di Tanah Suci. Menerima seseorang yang anggap adik tidak disangka sama sekali dan ia berlaku secara mendadak...tetapi inilah yang dikatakan jodoh.

Penulis mengupas bahawasanya, walaubagaimana kita merancang, dan jika kita merujuk kepadaNya, pasti ada jawapan daripadaNya. Pilihan Salsabila adalah tepat, lelaki yang berpangkat adik telah menjadi kekuatan dalam menempuhi pahit getir dalam melaksanakan impian arwah ayahnya. Bermula dengan rintangan dan masalah menguruskan ladang betik sehingga terjadinya detik hitam dalam hidupnya yang hampir meragut maruahnya...masalah adik sebapanya yang tidak sudah-sudah memberi masalah kepadanya, sehinggalah jatuhnya ladang betik ke tangan pemaju...semua ini memberi impak dan ketegangan dalam hidup Salsabila...

Namun, Salsabila membukti kekuatan wanita dan ketaatan kepada Yang Esa telah menjadikannya seorang wanita yang tidak mengenal putus asa. Ditemani dengan sahabat baik yang juga tidak putus-putus memberikan perangsang dan doa-doa yang tidak pernah lekang di bibirnya, Salsabila bangun semula dan akhirnya beliau berjaya menjadikan rangkaian Teduh Dulu disegani bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara lain.

Ada beberapa masalah yang tidak diselesaikan oleh penulis di dalam buku ini. Mungkin agak tidak penting bagi penulis. Namun buku ini boleh memberi kesan kepada pembaca. Kekuatan wanita Islam dan ketaatan kepada yang Satu ditonjolkan dalam cerita ini. Di selitkan hadis dan pengajaran banyak akan memberi ilmu kepada pembaca.

Rating : ***** (berbaloi dijadikan koleksi)

Sunday, May 16, 2010

Cinta Ain Naqilah

Tajuk : Cinta Ain Naqilah
Penulis : Athirah Taha
Terbitan : Telaga Biru Sdn Bhd
M/S : 346


Sinopsis (belakang buku):
Kesetiaannya selama ini tidak pernah dihargai oleh lelaki yang bergelar tunangan. Fariz curang padanya. Sudahlah perasaan Ain tidak dipedulikan malah Fariz sama sekali tidak pernah mahu berterus-terang dengannya.
       Julia Anis meleraikan segalanya. Dia datang bagai menyerah diri kepada Ain Naqilah. Kecewanya Ain Naqilah hanya Tuhan yang tahu. Baru dia sedar yang cinta Fariz bukan lagi untuk dirinya. Perasaan Ain Naqilah terguris. 
     Ain Naqilah tidak mahu silap membuat perhitungan lagi. Biarlah Fariz dengan hidupnya sendiri. Setelah persetujuan dicapai, hati Fariz mula bergolak. Seakan menyesal mengecewakan Ain Naqilah. Fariz mahu mengutip kembali sisa kenangan ketika mereka bersama. Namun Fariz terpaksa akur. Ain Naqilah tidak mungkin lagi menjadi miliknya. Fariz belajar menerima takdir itu. Fokusnya beralih pada Julia Anis. Namun Julia Anis pula yang seperti tidak tegar bersamanya kerana merasa bersalah pada Ain Naqilah. 
     Apabila kesetiaannya tidak dihargai, ke manakah Ain Naqilah mahu membawa cintanya? Adakah menutup ruang hatinya buat seketika atau pun kehadiran Azri berjaya meyakinkan Ain Naqilah bahawa cinta akan enemaninya ke suatu destinasi yang indah? Apakah kesudahannya? Cinta Ain Naqilah merungkai segalanya.

Ulasan:
Sinopsis dibelakang buku telah sedikit sebanyak menceritakan keseluruhan novel ini. Cuma diakhir cerita sahaja tidak diketahui sama ada Ain Naqilah mungkin tidak akan menerima insan bernama lelaki dalam hidupnya atau memilih Azri untuk mengubati lukanya..memang telah dapat diagak yang Ain akan menerima Azri tetapi cara dan bagaimana Azri merisik dan mendekatinya amat menarik sekali kerana penulis menggunakan landasan agama dalam setiap plot dan ceritanya. Penglibatan keluarga dari kedua belah keluarga, hubungan sesama insan yang bukan mahram dan hubungan erat persahabatan amat dititikberatkan di dalam cerita ini dimana penulis menyusun cerita disamping menyelitkan Al-Quran, hadis dan ijmak agar ianya lebih berilmu dan menarik.

Rating : ***** (sangat berbaloi dijadikan koleksi)

Sunday, April 25, 2010

Kini, Bersama Seiringan

Tajuk Buku : Kini, Bersama Seiringan
Disusun oleh : Ahadiat Akashah
Terbitan : Syarikat Fajar
Jumlah m/s : 390
Genre : Novel Cinta Remaja

Sinopsis:
Buku ini mempunyai 3 cerpen pendek yang disusun oleh Ahadiat Akashah sendiri tetapi ditulis oleh 3 penulis lain:
242


1) Tajuk : Bersama Akhirnya
    Penulis : Nor Azida Rahmat
    m/s : 148

Ulasan : Cerita berkisar mengenai pelajar tingkatan enam dimana watak utamanya Safuan, Ayu dan Bibi Yanti. Persahabatan yang akrab diantara Safuan dan Ayu membuatkan Safuan dan Ayu sendiri tidak menyedari mereka sebenarnya mempunyai perasaan lebih dari seorang kawan. Perasaan itu timbul apabila Safuan mula menyukai Bibi Yati, pelajar yang baru bertukar dari bumi kenyalang dan Ayu mempunyai hubungan dengan seorang pemuzik muda. Ayu kecewa manakala Safuan menyedari cintanya bukan untuk Bibi Yati. Namun, semuanya telah terlambat. Hati Ayu telah tertutup untuk seorang insan bernama lelaki.

2) Tajuk : Milikilah hati ini
    Penulis : Alma Saaid
    m/s : 122

Ulasan : Pertemuan Almass dan Karl disebuah syarikat membuka hati Karl yang telah lama tertutup untuk seorang wanita. Namun pelbagai rintangan perlu ditempuhi oleh mereka sehingga membawa mereka kepada pengakhiran yang menyedihkan. Milikilah hati ini mempunyai kekuatan pada pertemuan dan sehingga termeteranya kisah cinta mereka berdua. Sikap Almass yang selamba dan Karl yang pelawak agak menarik minat saya untuk terus membaca. Namun pengakhirannya agak kurang menarik. Walaupun begitu, susunan cerita yang menarik dan bersahaja.

3) Tajuk : Buih-buih cinta
    Penulis : Shuhaini Kamarudin
    m/s : 120

Ulasan : Kisah silam yang menyedihkan membuatkan hilangnya Ratna dan lahirnya Art yang mempunyai semangat kental dan berjaya dalam bidang kerjayanya. Namun, dugaan demi dugaan mengujinya dan akhirnya dia tewas dalam perjuangan yang telah lama dia pertahankan. Ratna yang melihat wanita seorang yang lemah telah disedarkan oleh sahabatnya, namun huluran cinta tidak disambut oleh Ratna. Akhirnya Ratna menunaikan janji terakhir ibunya yang tercinta.

Rating : ** (bacaan santai)

Saturday, April 24, 2010

KEDAI BUKU

http://www.stormreaders.net/gedungilmunorhazlina

Antara Dua Hati - Fatin Nilam Sari

Tajuk : Antara Dua Hati
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd
m/s : 514
Harga : RM23.90
Sinopsis :
Siapa sangka kesilapan silam membuahkan satu petaka. Basyira tidak pernah menduga, tiada pernah bermimpi dan tidak pernah mengharap Harith Rafeeq kembali di tengah-tengah kemelut yang membelit diri yang ditinggalkan suami.

Kehadirannya bukan mengubati luka Basyira tetapi dia datang untuk menghancurkan segalanya. Tiada sekelumit kasih yang tertinggal, semuanya tenggelam dalam gelora perasaan marah, dendam dan kebencian

Rating : ***** (berbaloi dijadikan koleksi)

Ulasan : Cerita banyak berkisar mengenai Basyira seorang janda anak satu. Pembaca yang kurang meminati watak utama yang berumur mungkin tidak menggemari buku ini. Bagi saya ia sangat menarik dan satu kupasan yang menarik dan berlainan dari novel lain yang selalunya meletakkan watak utama yang lebih muda. Diselit juga dengan plot-plot yang suspen membuatkan saya banyak berteka-teki siapakah dalang di sebalik pelbagai peristiwa yang berlaku di dalam cerita ini. Saya memang tak boleh mengangak apa yang ingin diceritakan oleh penulis diawal penceritaannya dan saya amat meminati novel yang sebegini.

Tuesday, April 20, 2010

Norzailina Nordin


Tajuk Buku : Menanti Kasih
Penulis : Norzailina Nordin
Terbitan : Alaf 21
M/S : 515
Harga : RM19.90

Sinopsis Di Belakang buku:
Pertemuan kali pertama ketika melancong ke Itali, membuatkan Farhana jatuh hati pada Giovanni. Siapa lelaki itu sehingga Farhana buta dalam pencarian cinta, sedangkan mereka saling mengenali hanya untuk tempoh dua minggu? Betapa taksubnya cinta dua insan ini bilamana perasaan kasih, sayang dan rindu sering menerjah sanubari. Mereka mampu menepis segala tohmahan yang dianggap dusta belaka.

Namun, dalam keseronokan bercinta, ada insan yang merana. Kamel... satu-satunya lelaki yang pernah singgah di hati Farhana. Mengapa ditolak luahan perasaannya sedangkan mereka berkawan sudah lama? Kasihan lelaki itu! Cintanya tidak kesampaian...

Kemunculan Ahmad Ridzafi memberi tamparan hebat kepada Farhana. Lelaki itu melamarnya dengan penuh keikhlasan jiwa. Biar bagaimana hebat sekalipun onak merintangi, gadis itu harus menjadi miliknya. Fikiran Farhana menjadi tidak keruan. Mampukah dia menerima lama-ran itu kerana pada masa yang sama mengharapkan orang yang di-sayangi datang membersihkan luka di hati?

Farhana benar-benar buntu. Dia ingin menyayangi dan disayangi. Sememangnya, dia hidup dalam alam realiti tetapi masih tidak berupaya menggapai kebahagiaan. Yang mana satu menjadi pilihan hati? Dia hanya berserah kepada Yang Maha Esa dan menanti kasih jejaka yang sudi bertakhta di hatinya.

Rating : *** (boleh dijadikan koleksi)

Ulasan :
Buku ini merupakan buku pertama tulisan Norzailina Nordin yang saya baca. Sebelum ini, saya banyak mengetahui buku-buku masakannya sahaja.

Di awal cerita agak perlahan sedikit pertemuan Farhana dan Giovanni. Penulis dapat membayangkan dengan baik sekali keadaan Farhana apabila berseorang di Negara orang dan bagaimana Giovanni menolong Farhana atas dasar kesian dan juga kerana tertawan dengan perwatakan Farhana. Namun perasaan yang ingin digambarkan oleh penulis agar kurang menyengat atau dengan kata lain kurang ‘rasa’ perasaan cinta antara mereka berdua.

Namun begitu, pertengahan cerita agak menarik dan memang membuatkan saya terus membacanya hingga akhir. Saat pertemuan semula Farhana dengan orang tersayang dan konflik perasaan dengan orang ‘lama’ memang membuatkan watak Farhana seolah-olah hanya mampu berserah kepada Ilahi.

Siapa pilihan Farhana dan apa yang terjadi kepada mereka semua, akan terjawab di hujung cerita kerana penulis menyelesaikan ceritanya agak drastik dari yang dijangka oleh saya.

Apa yang saya perasan, ada beberapa watak dan fakta yang agak tergantung kesudahan ceritanya. Penulis boleh meneruskan watak-watak ini hingga ke akhirnya, namun mungkin kerana watak ini hanyalah sampingan, jadi penulis membiarkan sahaja menjadi tanda tanya. Ataupun mungkin juga penulis ingin pembacanya sendiri menyelesaikannya. Jadi pembaca akan terus berteka-teki dan buatlah penyelesaian sendiri.

Saya sebagai pembaca ini jugak ada membuat andaian sendiri untuk watak kawan baik Farhana…kalau nak tahu, baik baca buku ini kerana saya percaya anda juga akan terfikir apa yang saya fikir walaupun mungkin penulis pun tak bermaksud sedemikian (ini kena tanya penulis buku sendiri!!!). Yang pasti, saya akan terus membaca buku tulisan beliau. Tahniah.

Saturday, April 17, 2010

SITI ROZILAH

Tajuk : Titipkan aku bahagia
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd
M/S : 624
Sinopsis:
Hidup Syakila pernah ditabiri warna kusam. Amat kontras warna-warna kehidupan yang pernah dan akan diloreknya. Namun bayangan silam kerap mengitari dan memerangkap. Nama lelaki telah dipadamkan dari mata hatinya, namun mengapa lelaki juga yang kerap mengejarnya? Dia ingin mencipta bahagianya sendiri bersama teman-teman namun mengapa sering kali gagal? Kerana lelaki, dia dibenci dan didendami oleh sahabatnya sendiri…

Rating : **** (berbaloi dijadikan koleksi)

JOHN NORAFIZAN

Tajuk : Sempadan Tanpa Seri
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd
Sinopsis:
Hidup tidak semudah yang dijangkakan. Dia tidak pernah menceritakan kepada dunia tentang pedih lukanya hidup pada zaman kanak-kanak. Tentang nostalgia silamnya yang berdarah. Tentang harga sebuah kebencian yang akhirnya menjadikan dia seorang pelarian. Betapa dia bahagia di sini…Putih Salji telah menyaksikan tingginya nilai persahabatan, keikhlasan yang muncul di celah-celah kuntuman tulip segar. Dia bahagia tatkala melihat guguran daun yang memenuhi jalanan kerana apabila musim panas muncul, segala-galanya kembali nyata. Cintanya jua berputik di sini…mekar bersama musim yang silih berganti…Lantas dia alpa pada duri-duri yang menanti, pada duka dan sengsara yang cuba dihindari…pada petaka yang menjadikan dia hilang hakikat diri…

Rating : **** (boleh dijadikan koleksi)


Tajuk: Tunjukkan satu bintang
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd
Sinopsis:
Dia wanita tabah. Dia isteri yang merindukan masa silamnya. Dan dia juga seorang ibu yang cuba menyayangi anak tunggalnya walau dalam derita. Tetapi musim bunga berlalu dengan cerita sendu yang sukar diubati. Kepedihan masa silam membuatkan dia terjatuh dan tidak mampu berdiri lagi. Lalu adakah kedatangan seorang lelaki penuh misteri dan rahsia lama yang tersembunyi mampu mengubati hati wanitanya? Atau biar sahaja cinta berlalu di dalam kepasrahan sehingga takdir menemukan kebahagiaan semula?

Di antara dua lelaki, di antara kasih ibu yang kecundang, di antara persahabatan yang teruji dan di antara ketakwaan kepada Maha Esa, dia tidak tahu di manakah dahan buat berpaut dan bumi untuk berpijak. Yang ada cuma kepedihan. Yang ada hanya impian yang pudar. Dan jalan yang berduri buat insane bernama Jeslina….

Rating : **** (kalau dah beli Sempadan Tanpa Seri, yang ni patut beli jugak...lebih kurang sambunganlah)

ELIAS HJ.IDRIS

Tajuk : Kehilangan
Terbitan :  Creative Enterprise Sdn Bhd
Sinopsis :Dia kehilangan . Kehilangan teman yang cukup memahami; kehilangan guru yang telah meluaskan kefahamannya tentang hakikat kehidupan; kehilangan cita-cita dan harapan. Kini…dia mula bimbang akan kehilangan rasa manis bila bermunajat di hadapan Khaliknya.

Rating : ** (sesuai utk bacaan santai)

Tajuk: Pilihan Kedua
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd

Sinopsis:
Keluhuran hati dan ketulusan budi sudah tidak bermakna apabila sentimen yang menyelit pertimbangan, keturunan dan kepercayaan, keterbiasaan dan taraf kedudukan memainkan peranan…turut menjadi penghalang dan pemisah. Namun dia terpaksa membuat pilihan.

Rating : ** (sesuai utk bacaan santai)

NOOR SURAYA

Tajuk : Biru Ungu Cinta
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd
Sinopsis:
Biru itu warna cintamu, Fattah. Warna yang terpancar indah dari penjuru matamu. Dalam diam, aku dapat rasakan cinta yang bersinar, cinta tidak pernah pudar. Hangat dan menyala. Tulus dan bening… Sedangkan ungu itu warna dukaku. Yang membeku di dalam hatiku, yang mengalir dalam jantungku dengan luka yang paling dalam, berdenyut nyilu…menjalar pilu…menjulang lesu.






Tajuk : Keranamu Ain…
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd

Sinopsis:
Dia pintar dan kadang-kadang garang tetapi menarik. Dia penyayang dan kadang-kadang terlalu sensitif tetapi pemaaf. Yang pasti, Ain ialah insan dalam dunia dengan gayanya yang tulen. Anggun dalam darjahnya yang tersendiri. Indah dalam peribadinya yang sempurna…







Tajuk : Rindunya Kian Membara
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd

Sinopsis:
Cinta itu seumpama serangkai mutiara…kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang dan kita harus mencarinya semula…tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemuinya lagi; walaupun di mana-mana pun. Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu ditangkai hati kita?

Tuesday, March 30, 2010

Atas Nama Kasih (SALINA IBRAHIM)

Tajuk : Atas Nama Kasih
Penulis : Salina Ibrahim
Penerbit : Creative Enterprise


Sinopsis Belakang Buku:
Nur Kasih, ini adalah buah hatiku. Yang selama ini memberiku kekuatan untuk menghadapi hari-hari depan yang lebih gemilang. Memberikanky nyawa - tragedi hitam sering-seringnya bertebaran dan bersipongan di setiap penjuru kenangan. Melumpuhkan impian dan cita-cita. Bersama duka dan air mata. Nur Kasih ini adalah waris tunggal yang perlu dipertahankan. Dan si kecil itu, Suria melampias resah yang meruntun segenap keinginan yang telah sekian lama Suria lupakan.

Nur Kasih idamkan kehadiran seorang lelaki bergelar bapa. Lalu diceruk mana Suria harus mencari lelaki impian Nur Kasih itu? Lelaki mana yang sudi beristerikan gadis beranak satu sepertinya? Berkecil hati Nur Kasih, kecil lagi hati seorang Suria bila mana lelaki impian bakal tunangan orang. Lalu Suria membiarkan jodohnya ditentukan Nur Kasih. Kerana Suria percaya ... seorang bapa yang baik, adalah suami yang terbaik untuk dirinya...

MAIZURA MOHD. EDERIS

Sinopsis : Kurindu Kau Yang Hilang

Perlukah dia kembali... Untuk siapa? Setelah harga diri hancur musnah kerana lelaki. Dia tidak ingin dikenali lagi, dia ingin lenyap bersama lenyapnya cerita-cerita semalam. Tetapi mampukah dia? Sedang langkah kakinya kini mula dijejaki...

Selamat Tinggal Sayang - Ma Lee Chuswan

Sinopsis Belakang Buku: Selamat Tinggal Sayang
Aku ingin menjadi 'Puteri' ... kalau tidak puteri kayangan pun... cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri-puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian dongeng zaman kanak-kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi. Lalu kerana 'Puteri', dia senang menjadi Dee, bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab yang tidak terjawab. Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus bersembunyi ... dan sampai bila Puteri harus digantung tidak bertali...

Tuesday, March 16, 2010

Sharifah Abu Salem

Sinopsis : BIAR RINDU BERLALU

Tema kekeluargaan ini pasti menyentuh perasaan anda apabila janda dan duda menagih kasih sedangkan anak-anak tidak bersetuju jika mereka berkahwin. Janji Khalil dengan Samirah untuk membina istana bahagia, bagaikan sirna kerana permusuhan anak-anak. Fatiha tidak mahu kasih ibu diganti dengan kasih wanita lain kerana merasakan cinta wanita itu tidak seagung cinta ibunya. Nasrul juga tidak sanggup orang asing muncul dalam hidup ibunya.

Masing-masing menafikan hak bahagia kedua-dua orang tua itu. Sengketa mereka berpanjangan, saling membenci dan melukakan.


Sinopsis : PESONA RINDU

RINDU bertandang ketika masing-masing didakap kesepian. Fazlan ditinggalkan Darina, isteri yang obsesi terhadap cinta, cita dan impian. Najmah pula memutuskan pertunangannya kerana tidak menyintai jejaka pilihan keluarga. Keputusan Najmah mengundang sengketa. Dia terpinggir dan kepulangannya tidak diharapkan.

Fazlan hadir memberi kedamaian. Persahabatan bertukar menjadi kekasih. Najmah menyangka yang dia hanya menghormati Fazlan sebagai majikan. Namun cinta di hatinya kian berputik biarpun dia tahu Fazlan adalah suami sahabat baiknya sendiri.

Selepas lima tahun di luar negara, Darina kembali semula. Ternyata cintanya terhadap Fazlan masih ada. Bagaimana harus Fazlan menerima Darina semula? Sedangkan dalam masa yang sama cintanya terbahagi dua untuk Najmah juga. Lalu Fazlan merahsiakan perkahwinan itu.

Najmah diburu rasa bersalah. Dia telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh Darina untuk menjaga Fazlan. Bagi Najmah, cintanya hadir hanya sementara. Tidak lebih dari sebuah pesona.

Fazlan dalam dilema, siapakah yang lebih dicintainya? Najmah ataupun Darina? Namun bagi Fazlan, dia tidak rela kehilangan kedua-duanya sekali.


Sinopsis : Gerimis di Hati

Gerimis di hati bermula apabila Emily datang ke Malaysia untuk menemui ayahnya, Syed Mukri yang sedang nazak. Kedatangan Emily telah menimbulkan kekecohan kerana selama ini Tengku Habibah, isteri pertama ayahnya tidak mengetahui bahawa Syed Mukri pernah berkahwin lagi dengan wanita Inggeris. Rahsia kewujudan Emily hanya terbongkar apabila Syed Mukri menamakan Emily sebagai salah seorang penerima harta pusaka.

Sharifah Yasmin. kakak Emily tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia mempunyai adik yang bakal mewarisi kekayaan ayahnya. Apatah lagi, melihatkan kemesraan Tengku Farid, sepupunya dengan Emily semakin menambah sakit di hati. Dia bertindak cuba memisahkan kedua mereka asalkan cintanya pada Tengku Farid berbalas.

Berjayakah Sharifah Yasmin melakukannya? Bagaimanakah Tengku Farid melalui kehidupan tanpa Emily? Mampukah Tengku Farid melakukan pengorbanan atau Tengku Farid Sendiri yang terpaksa menjadi korban?

Dengan garapan bahasa yang indah, lembut dan bersahaja, GERIMIS DI HATI pasti meruntun perasaan anda. Sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang pengorbanan!



Sinopsis : TIADA LAGI MIMPI

Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga.

Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja.

Norseha... permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia?

Siapakah pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi melainkan kenyataan yang sukar ditelan? Dapatkah Razif dan Norjinah mempertahankan kebahagiaan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila diri sehina sampah terbuang yang terbiar di jalanan?

TIADA LAGI MIMPI membongkar episod luka sebuah keluarga, gara-gara kemungkaran dua insan yang tidak mengenal dosa dan pahala...


Sinopsis : TAK SEMANIS IMPIAN
 
NORJINAH... bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi... siapakah gadis itu?
 
“Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?”
 
NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaannya. Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu. Ah... mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain.
 
“Saya cintakan Abang Razif seperti Norjinah cintakan abang!”
 
RAZIF... sukarnya melafazkan kata-kata. Jika boleh, rahsia ini biar menjadi rahsia. Kalau Norjinah tahu perkara ini, bagaimana? Sedangkan dia tidak pernah berubah hati pada wanita lain. Tapi... gadis itu terlalu berani meluahkan perasaannya. Mampukah dia menepis godaan yang datang?
 
“Tak mungkin Norseha. Abang hanya cintakan Norjinah!”
 
Kebahagiaan ini ibarat api yang membakar. Ia cukup menyeksakan. Cinta tak mengenal abang, kakak dan adik! Menang atau kalah bukan jawapannya. Cuma, jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan.
 

Sinopsis : TAK SEINDAH MIMPI

Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi.

Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.

Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan. Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka?

Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Tak Seindah Mimpi sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan. Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan ikhtibar di samping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.

Rose Harissa

Sinopsis : CINTA MEKAR DI HATI

Setiap cinta…pasti ada derita, pengorbanan, cemburu dan air mata. Cinta tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…tetapi hadir dengan pengorbanan dan kesetiaan.

Ady Rafizal…cinta tidak pernah punya undang-undang, tetapi mengapa harus aku terhukum? Dalam derita, hanya bayangmu yang mampu kudakap. Namun, selagi aku bernafas dengan nama ALLAH, tidak pernah sekali aku berhenti merinduimu. Dan aku yakin, cinta akan mengembalikan kau kepadaku.

Fasha… cinta tidak pernah menyeksa tetapi sentiasa menguji. Sekali kau memberi cinta, tidak akan kubiarkan ia hilang ditelan waktu walau beribu batu kita terpisah. Sesungguhnya, kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.

Fahrin… cinta itu sebuah pengorbanan, tetapi mengapa ia bukan noktah cintaku kepadamu? Kenapa semakin sukar aku miliki cintamu setelah menanggung derita ini? Cintaku indah tapi aku derita perasaan.

Tengku Alia Marina… cinta itu madu dan racun! Andai aku tidak memiliki madunya, biarlah aku jadi racunnya!

Cinta adalah satu-satunya bunga yang tumbuh mekar tanpa bantuan musim- Khalil Gibran

Sinopsis : BERIKAN CINTAMU

Sebuah cerita yang pasti mencuit perasaan anda dengan gelagat orang bercinta. Eza Nylea terlalu mendambakan cintanya kepada Rizal sedangkan lelaki itu langsung tidak menghargai kejujuran, ketulusan dan pengorbanannya. Dia sahaja yang terlalu setia sebagai seorang kekasih, tetapi Rizal langsung tidak memahami perasaannya.

Justeru itu, ketika Eza memendam perasaan, hadirnya seorang sahabat yang baru dikenali bernama Azalan. Lelaki itulah yang sudi berkongsi rahsia hati dan perasaan Eza. Persahabatan itu, akhirnya termeterai dengan ikatan kasih sayang.

Eza keliru. Antara Rizal dan Azalan... yang mana harus diberikan cinta? Di sana masih mencintai, di sini menagih kasih. Pada masa yang sama Eza berhadapan dengan kerenah bekas rakan-rakan serumahnya semasa menuntut di universiti. Penganiayaan dan fitnah sudah menjadi kudis buatnya. Adakah Eza terus berdiam diri setelah pelbagai penyeksaan dilakukan oleh mereka sehingga dia hampir diragut kesuciannya?

Ramlee Awang Murshid

Sinopsis : HIJAB SANG PENCINTA

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...


Sinopsis : CINTA SANG RATU
 
Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani? Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.
 
Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.
 
Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana ceritanya semakin PANAS!!!
 
 
Sinopsis : BAGAIKAN PUTERI

Haryani dan Laksamana Sunan... saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.

Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.

Dani... pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.

Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!


Sinopsis : UNGU KARMILA

ATAS nama cinta... mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.

Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama.

Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi.

Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan.

Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali!

RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi... hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!


Sinopsis : Anugerah Pertama
Dia mencari dirinya yang hilang. Antara illusi dan hakiki, dia ibarat membuat pilihan. Anugerah Tuhan buatnya ini adalah suatu hikmah. Lantaran itu dia kembali tersedar bahawa kebahagiaan itu tidak pernah sirna. Lalu di sini pilihannya...

Sinopsis : SATU JANJI
 
Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman.
 
Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.
 
Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula.
 
Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.
Related Posts with Thumbnails