Tajuk : Kala Cinta dan Wahyu Bersatu
Penulis : A. Ubaidillah Alias
Penerbit : PTS
m/s : 472
Sinopsis Belakang Buku:
Mesir, bukan noktah akhir pertemuan Amir dan
Balqis. Amir Mukhlis pulang ke Malaysia bertarung antara hidup dan mati
sedangkan Balqis menyangka lelaki itu sudah pergi menemui ilahi.
Jalan
hidup Balqis diwarnai dengan kehadiran Izzuddin yang kembali
mengharapkan cinta. Amir Mukhlis bertemu Tasnim yang teguh membawa
legasi cinta Wardah. Manakala Amelia terus mendambakan kasih Amir
Mukhlis.
Balqis, mungkinkah cintanya yang terkunci dalam makhfi akan
terbuka? Amelia, bisakah rindunya yang mendudu itu berlagu? Tasnim,
mampukah dia memerdekakan cinta Wardah? Nun di sana, Amir Mukhlis
bergelut menyatukan cinta dan wahyu agar menjelma jawapan untuk
segalanya."
Ulasan:
Ini buku kedua dari dwilogi Warkah Cinta Berbau Syurga. Ini bermakna watak utama Amir Mukhlis mestilah masih hidup? Samalah juga dengan saya, apabila saya beli buku kedua ini, secara automatik dah tahu apa keputusan pembedahan Amir.
Sambungan buku ini menceritakan bagaimana Amir ingin mempertahankan prinsip dengan ujian dari 3 wanita yang mengejar cintanya. Emilia sepupunya, Tasnim kawan baik Wardah dan Balqis yang pernah dikenalinya ketika di Mesir. Banyak ilmu dan pengetahuan diberikan oleh penulis dalam buku ini. Antaranya bagaimana penulis boleh menyampaikan dakwah melalui penulisannya. Perdebatan juga banyak berlaku dalam menyuarakan pendapatnya yang bertentangan dengan orang lain.
Amir tetap dengan pilihannya untuk mengahwini wanita yang ingin menjadi suri rumah dan sanggup tinggal serumah dengan mak mertua. Pelbagai dugaan ditempohi untuk memiliki surinya, akhirnya mereka dipertemukan di tempat mereka pernah bertemu ketika belajar dahulu.
Siapakah pilihan Amir Mukhlis? - buku Warkah Cinta Berbau Syurga telah menjawab soalan ini.
Siapakah pula pilihan Ibu Bapa Amir? Berjayakah Balqis mempertemukan abang Ngah nya dengan calon kakak iparnya? Apa telah terjadi dengan wanita-wanita yang tidak menjadi pilihan hati Amir? NAK TAHU JAWAPANNYAM BOLEHLAH BELI DWILOGI NOVEL INI. Memang berbaloi membeli dan membacanya. A. Ubaidillah tidak pernah menghampakan saya dengan tulisannya. Menarik, berilmu, padat dan ringkas. Terima kasih.
Rating : ***** (kena baca)
Showing posts with label A. Ubaidillah Alias. Show all posts
Showing posts with label A. Ubaidillah Alias. Show all posts
Sunday, July 1, 2012
Sunday, June 24, 2012
Warkah Cinta Berbau Syurga - A. Ubaidillah Alias
Tajuk Buku : Warkah Cinta Berbau Syurga
Penulis : A. Ubaidillah Alias
Penerbit : PTS Litera
Genre : Islamic
Penulis : A. Ubaidillah Alias
Penerbit : PTS Litera
Genre : Islamic
527 m/s
Sinopsis Belakang Buku:
Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?

"Jika novel Ayat-ayat Cinta menyorot latar Mesir dari pandangan seorang mahasiswa Indonesia, maka Warkah Cinta Berbau Syurga ini disorot dari kaca mata seorang mahasiswa Malaysia yang menuntut di sana. Justeru tidak hairan andai latar Kaherahnya dan suasana kehidupan para pelajar Malaysia dapat diperincikan sebegitu rupa. Dalam lambakan karya bertemakan cinta asyik-masyuk bernafsu rendah yang boleh mengelirukan pembaca remaja, novel cinta berjiwa Islamik begini sewajarnya menjadi alternatif terbaik selain mampu memperkaya khazanah sastera Islam tanah air."
LUPAKAN
beberapa watak yang tiba-tiba muncul dan tiba-tiba menghilang atau yang
tiba-tiba hidup dan tiba-tiba `dimatikan’.Saya bukan `pembaca novel’
yang baik tetapi novel ini `memaksa’ saya untuk membaca pembuka katanya:`Cairo kurasakan sepi tanpa surat-suratmu. Bunyi sahrawi yang mengepuk debu kering itu bagai membawa gemersik suaramu…’ Dan,
pembuka kata bersurat novel ini `memaksa’ saya untuk terus bersantai
hingga kepada penutupnya yang mengusik, `Wardah… Balqis… Maafkan aku’.
Ulasan:
Ceritanya agak ringkas dan berkisarkan mengenai pelajar yang kurang berkeyakinan jika berada didepan orang ramai seperti memberi ceramah dan syarahan. Amir Mukhlis mempunyai prinsip yang amat teguh dan amat berpegang kepada ajaran agamannya. Statusnya sebagai Penghafaz Al-Quran menjadikan beliau seorang yang amat menitikberatkan pertuturan dan pergaulan sesama manusia terutamannya apabila berdepan dengan kaum hawa yang banyak memberi cabaran ke atas prinsip hidupnya. Kerana prinsip itu jugalah Wardah menganggap Amir seorang yang ego...namun hanya Amir dan Allah sahaja yang mengetahui isi hatinya.
Sehinggalah Amir melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Mesir, di sana juga prinsipnya juga menjadi taruhan kaum hawa, namun Amir memang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Namun di saat Amir 'merasakan' sesuatu dan setelah kehilangan Wardah, kesihatannya telah menjadi penghalang. Namun berkat doanya, Amir berjaya juga menghabiskan pengajiannya dan kembali ke Malaysia untuk meninggalkan segalanya termasuk seorang muslimah yang sangat mengharapkan jawapan darinya.
Amir pulang ke Malaysia untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga, namun ibu bapanya lebih cekal menghadapi segalanya. Jangan mengalah, tetapi terus mencuba untuk terus hidup.
Adakah Amir Mukhlis masih mempunyai masa untuk terus berjuang menyampaikan tulisannya? Adakah cita-citanya ingin menjadi penulis akan terlaksana?
Rating: ***** (memang berbaloi membelinya)
Wednesday, August 18, 2010
Mengintai Cinta Khalifah - A. Ubaidillah Alias
Tajuk : Mengintai Cinta Khalifah
Penulis : A. Ubaidillah Alias
Terbitan : PTS Litera Sdn Bhd
m/s : 384
Sinopsis Belakang Buku :
Imran, remaja yang tercari-cari erti sebuah legasi demi memimpin cintanya menuju syurgawi. Dia cuba menyelami hakikat khalifah yang makin kabur. Dalam diam, jiwanya sentiasa memugar cinta Laila yang prejudis terhadap agamawan. Kerana cinta dia berusaha mengubah persepsi Laila. Namun, Laila tetap dengan pendiriannya. Ketika itu, hadirlah Nanda Gracer iaitu seorang Gadis asing yang mengheretnya ke dalam perdebatan antara kebenaran Islam dan kejahatan orientalis. Imran tekad menghadapi argumentasi itu dan merubah pandangan Nanda. Dalam diam, Nanda terpesona terhadap karisma dan kemantapan ilmu Imran. Dalam menggapai cinta Laila dan hambatan cinta Nanda, adakah Imran akan memperkukuhkan dirinya sebagai Khalifah Tuhan di muka bumi?
Ulasan :
Ini merupakan buku pertama tulisan A. Ubaidillah yang saya baca, dan buku ini jugalah buku pertama terbitan PTS. Pada awal cerita memang diselitkan ilmu yang sangat padat. Penulis memang ingin menyampaikan mesej apa sebenarnya seorang khalifah di sisi Islam. Pelbagai ilmu dan pengalaman yang diceritakan sepanjang Imran Jazimin (watak utama) menuntut di Universiti Al-Azhar setelah kehilangan kedua ibubapanya dan kemalangan yang menimpa dirinya.
Berbekalkan janji setia pada Laila di Malaysia, beliau merantau untuk mencari ilmu dan mencari makna khalifah yang sebenarnya sebelum membina mahligai bersama Laila. Namun kerana tiada berita dan khabar dari Imran, telah menyebabkan Laila memilih insan lain yang cuba merapatinya.
Imran akhirnya telah bangun dan menubuhkan perniagaan sendiri yang berlandaskan dakwah secara maya. Perkenalan dengan Salsabilah telah membuatkan beliau dapat melupakan Laila yang telah berkahwin. Imran telah mengambil langkah seperti yang dituntut dalam Islam dalam mendekati bakal isteri. Tanpa bertemu dengan Sal, beliau telah merisik keluarga Sal yang jauh di selatan. Dalam masa yang sama juga Laila menghadapi masalah dengan suaminya dan telah menjadi janda dalam usia yang muda. Ketika itu juga Imran diuji dengan kehadiran Nanda (bukan muslim) yang ingin mencabarnya berdebat tentang agama Islam. Nanda yang dihantar melalui satu misi, menggunakan pelbagai cara dan soalan untuk mencabar ilmu Imran.
Penyesalan Laila dan harapan ibubapa Salsabilah membuatkan Imran perlu bijak dalam membuat keputusan. Petunjuk demi petunjuk telah diberikanNya, namun siapakah yang akan dipilih oleh Imran? Siapakah pula yang dicintai oleh Salsabilah? Adakah Laila masih mengharapkan Imran setelah tidak jujur? Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Siapalah kita yang boleh menentukannya. Hanya doa yang mampu kita berikan sebagai harapan. Apa pula yang terjadi kepada Nanda dan pembantunya?
Saranan: buku ini mengandungi banyak ilmu agama yang mungkin anda sendiri tidak pernah tahu mengenainya. Penulis pasti membuat rujukan yang banyak di samping ilmu yang telah ada dalam dirinya. Saya percaya, pembaca akan menyukai 'ending' cerita ini seperti saya. Buku ini sangat sesuai untuk dijadikan koleksi dan rujukan untuk seorang muslim.
Rating : ***** (sangat berbaloi untuk dijadikan koleksi)

Subscribe to:
Posts (Atom)