Thursday, November 28, 2013

Maaf Jika Aku Tak Sempurna (Acik Lana)

Tajuk Buku : Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Penulis : acik lana
Penerbit : kaki novel
947 m/s
Sinopsis Belakang Buku :
Di saat itu...
Luqman : "Tolong sikik eh, kalau tak kena paksa memang saya takkan kahwin dengan awak. Perempuan macam ni nak buat bini? Memang tak la...

Melina : "Sedarlah kau tu bekas pekebun sayur merangkap driver aku. Layak ke kau menginginkan aku? Takde cermin kat rumah? Pergi balik cermin muka kau sikit!"

Dua dunia yang berbeza bagai langit dan bumi ditemukan dalam satu ikatan yang tidak pernah terduga. Melina yang liar dan bebas digandingkan dengan Luqman yang matang dan penuh tertib atas dasar wasiat yang tidak boleh ditolak. Rasa benci dari dua hati itu menggambarkan ikatan yang tersimpul longgar itu akan terurai dan meranapkan tiang istana mereka yang dibina tanpa rela. Kehadiran Sarah yang berbelas tahun memendam perasaan kepada Luqman dan kemunculan Hariz yang menagih cinta Melina mewujudkan pelbagai perasaan yang tidak pernah terfikir akan lahir dari hati yang penuh rasa benci. Benarkah perasaan terlalu benci boleh mewujudkan perasaan cinta yang terlalu mendalam ? Dan mampukah perkahwinan tanpa rela bertukar menjadi satu ikatan yang bisa membuka jalan ke Pintu Syurga?

Di saat ini ...
Luqman : "Kalau abang tak cinta takkan abang rasa rindu setengah mati macam ni."
Melina : "Mel tak boleh fikir apabila tak nampak abang depan mata."

Ulasan:
Ini merupakan buku kedua karya Acik Lana yang saya baca. Saya beli buku ni sbb berpuas hati dengan buku Aku Bukan Mistress yang beli/baca sebelum ni. Lagilah buku ni ada offer kat popular dan tersenarai dalam "Pilihan Buku Popular". Buku ni dapat special discount sbb antara top seller di kedai buku popular.

Setelah saya beli buku ni, perkara pertama yang check adalah jumlah cetakan. Sekarang ni dah sampai cetakan kesepuluh pada April 2013 dan sememang buku ni memang BEST. Memang jauh berbeza dari bukunya yang pertama.

Awal2 cerita, Luqman dipaksa kahwin dengan anak sabahat ayahnya sendiri, Melina. Kerana wasiat Datuk Zakri, bapa Melina, mereka terpaksa berkahwin walaupun tiada sekelumit perasaan antara mereka berdua. Buka kata suka, benci adalah...dengan sikap Melina yang ingin bebas dan liar...Luqman pula terpaksa mengadap dan bertekak dengan Melina yang tak mahu mendengar kata.

Namun begitu, lama kelamaan timbul pula peraan sayang dan cinta antara mereka berdua. Mereka seolah-olah lupa pasal kahwin kontrak yang mereka meterai bersama. Namun badai mula menimpa apabila Hariz yang disangkakan hanya kekasih "suka-suka" Melina, mula menyintai Melina tetapi Melina sehingga hampir memperkosa Melina. Sekali lagi  kasih sayang mereka teruji apabila Luqman diperangkap sehingga ditangkap khalwat dengan Sarah, kawan baiknya yang juga telah lama menyimpan perasaan terhadap Luqman. Luqman dipaksa kahwin dengan Sarah kerana ini menjaga maruah keluarga Sarah. Namun, perkahwinan mereka hanya pada nama. Kehidupan Luqman dan Sarah tidak pernah berubah, Luqman menganggap Sarah tidak lebih dari seorang sabahat/adik. Akhirnya mereka berpisah dan Luqman dan Melina bersatu semula selepas dalang yang merancang kes khalwat telah mengaku sendiri didepan sahabat karib Melina.

Jalan cerita memang best walaupun cerita sebegini agak biasa dalam novel2 melayu...kena kawin paksa..lps tuh suka, lepas tu ada orang dengki...etc...etc...Yang penting ceritanya tak boring, walaupun saya memang dah boleh agak jalan ceritanya...tahniah Acik Lana...BEST...TAK RASA MACAM BACA BUKU TEBAL.

Rating : ***** (BEST)




Friday, November 8, 2013

Aku Bukan Mistress (Acik Lana)


Tajuk Buku : Aku Bukan Mistress
Penulis : Acik Lana
Penerbit : Kaki Novel
M/s :

Sinopsis Belakang Buku:
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Ulasan:
Ini merupakan buku pertama karya Acik Lana (AL) yang saya baca. Cerita sebegini agak terlalu biasa dikalangan novel melayu. Lebih kurang buku Ombak Rindu jugaklah tapi watak utama Mya dan Mikail memang bergelumang dengan dosa. Mikail pada mulanya menganggap Mya hanya wanita simpanannya, mula menyimpan rasa cinta terhadap Mya apabila ada insan lain yang berminat dengan Mya. Bagi Mya pulak, memang dari dulu telah menaruh perasaan terhadap Mikail tetapi sikap Mikail yang macam tiada perasaan membuatkan Mya hanya memendam perasaannya dan mengikut apa sahaja yang Mikail mahukan.
Namun begitu, akhirnya mereka bersatu juga setelah melalui beberapa rintangan dari ibu Mikail dan jejaka lain yang masih mendampakan cinta Mya selama ini. Dialog dan jalan cerita agak bersahaja tetapi mampu menarik saya untuk menghabiskan buku ini.

Gaya penceritaan novel ini agak 18SX sikik tetapi masih dikawal oleh Acik Lana dan saya rasa buku ini agak tidak sesuai di baca oleh golongan remaja...dah dewasa bolehlah...dengan kata lain AL agak lebih terbuka dalam menggarap beberapa adegan tertentu dalam buku ini. Ceritanya memang tak meleret-leret dan membosankan, jadi memang cepat jugak saya habiskan buku ni.


Rating : **** (bolehlah simpan sebagai koleksi saya)

Saturday, November 2, 2013

Takdir Itu Milik Kita (Siti Rosmizah)

Tajuk : Takdir Itu Milik Kita
Penulis : Siti Rosmizah
Penerbit : SR Publication
M/S : 1057
Sinopsis Belakang Buku :
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!

Ulasan Buku
Siti Rosmizah (SR) memang terkenal dengan cerita yang akan membuatkan orang menangis. Buku ini samalah jugak, asyik menangis, sayu dan meratap jer...Dian memang teruk diperlakukan oleh Zarif dan keluarganya sehinggalah berlaku satu tragedi yang menyedarkan Zarif. Walaupun beribu penyesalan dan kemaafan yang keluar dari mulut Zarif, Dian tidak akan dapat melupakan apa yang telah mereka lakukan terhadapnya. Kalau ikutkan penderitaan yang dialami oleh Dian, saya kadang2 terfikir jugak, ada ke orang macam nih kat atas dunia nih... kalau adalah memang teruklah

Kalau ikutkan banyak pengulangan cerita dari semasa Dian menderita sehinggalah Zarif menyesal perbuatannya. Dian selalu mengungkit apa yang telah Zarif dan keluarga Zarif lakukan kepadanya. Tak hairanlah buku ni tebal. Tapi yang peliknya saya tak terasa boring pulak. Mungkin gaya bahasa yang bersahaja dan berlainan yang mendorong saya habiskan seribu muka surat. Bagi saya, jalan cerita yang "touching"  mendorong saya menghabiskan buku ini. Tahniah buat Siti Rosmizah. Setakat ini, semua bukunya memang memuaskan hati saya. Saya akan terus membeli bukunya.

Rating : **** (best sangat)
Related Posts with Thumbnails