Wednesday, April 13, 2016

Bukan Serapuh Daun Maple (Fatinilam Sari)

Tajuk Buku : Bukan Serapuh Daun Maple
Penulis : Fatinilam Sari
Penerbit : Buku Prima
564 m/s

Sinopsis Belakang Buku:
Tanpa cinta, hanya rasa sayang yang sekelumit itu, dia berpegang pada janji pertunangan dengan Andrian. Lalu Tasneem menerima lagi janji daripada Mak Uda, untuk mencari Andrian di Bridgeport, Connecticut, Amerika Syarikat.

Namun di sini jua, Christian tercari-cari diri sendiri dan penciptanya. Kehadiran Tasneem bagaikan membawa cahaya indah yang dicarinya. Sejenak mereka bahagia, namun dugaan datang menghancurkan segalanya. Tasneem setia menanti walau datang khabar daripada Siti Hajar, Christian pergi tidak akan kembali. Berkali-kali Tasneem mengingatkan dirinya sendiri bahawa cintanya pada Christian bukanlah serapuh daun maple.

Dengan izin TUHAN, mereka pasti bertemu semula di suatu musim panas yang indah. Angan-angankah ini atau bakal menjadi kenyataan?

"Christian, segala sudah tinggal kenangan antara kita. Bersama gugurnya deraian salji ini, begitulah cinta kita yang berputik kala musim panas yang lalu sudah pun layu dan gugur di bumi." - Tasneem

"Maafkan aku sayang...entah mengapa selama percintaan ini kita percaya pada impian masa hadapan. Tetapi sebenarnya hari ini pun tidak aku pasti ke manakah haluan hubungan kita sudah terputus. Mungkinkah kita tidak akan bertemu lagi buat selama-lamanya." - Christian Olson

"Mana boleh mengukur nilai cinta dengan jarak waktu. Kadang-kala kita boleh jatuh cinta pada seseorang hanya dari pandangan pertama," - Siti Hajar

" Aku menginginkan kau selamanya di sampingku. Aku semakin yakin bahawa kau sentiasa menarikku ke arahmu bagai besi berani yang berlainan kutub." - Andrian

Ulasan:
Sudah lama saya tidak membaca novel Fatinilam Sari...setakat ni memang bestlah...tak bosan dan tak meleret-leret. Buku ini pun sama, walaupun buku ni agak lama tapi saya beli jugaklah kerana ada promosi kat Popular. 

Cerita ini banyak berkisar di Connecticut, Amerika Syarikat apabila Tasneem mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sana. Kerana janji untuk mencari sepupunya, Andrian yang juga merangkap tunangnya sendiri, Tasneem dipertemukan dengan Christian. 

Tasneem yang bertudung mendorong Christian untuk mengenali Islam dengan lebih dekat dan dorongan dari Pak Ciknya sendiri yang telah lama memeluk Islam juga banyak membantu Christian  untuk mudah menerima Islam sebagai pegangannya yang baru. 

Hubungan Tasneem dan Christian menghadapi rintangan dari Andrian (tunang Tasneem) dan Siti Hajar yang telah lama memendam perasaan terhadap Christian. Namun jodoh mereka kuat...Christian (nama Islamnya Aslam) telah meninggalkan Siti Hajar sebelum akad nikahnya untuk menemui Tasneem yang telah hilang semangat untuk hidup. 

Rating : **** best

Saturday, April 9, 2016

Tuan Anas Mikail (Syamnuriezmil)

Tajuk Buku : Tuan Anas Mikail
Penulis : Syamnuriezmil
Penerbit : Penulisan2u
564 m/s

Sinopsis Belakang Buku:
Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Tetapi... Di Krabi...

“Saya suka awak, Ayu Maisarah.” - TUAN ANAS MIKAEL

Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih...

Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya Putri. - TUAN ANAS MIKAEL
Ayu Maisarah, kecewa!

“Tuan... Tuan tahu apa kopi yang paling pahit? Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan.” - AYU MAISARAH
Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.

Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya?

“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL


Ulasan:
Syamnuriezmil memang seorang penulis yang penuh dengan idea yang lain dari penulis lain. Buku ini juga tidak menghampakan saya kerana ada rahsia disebalik ceritanya. Lebih-lebih lagi apabila buku ini diadaptasikan kepada drama bersiri. Sebelum buku ini ditayang di TV, saya memang dah lama baca buku ini tapi baru sekarang berpeluang membuat ulasan di blog saya ini. 

Jalan cerita yang agak sempoi dan menarik memang tak terasa bila membacanya. Sekejap je rasanya nak habiskan 500++ mukasurat ni. Pertemuan antara Tuan Anas Mikail (TAM) dan Maisarah yang memang sempoi membawa kepada TAM untuk menjadikan Maisarah bakal isterinya. Gaya layanan TAM dan latihan-latihan yang diberikan semuanya diterima dengan terpaksa kerana ingin melangsaikan hutangnya, lebih-lebih lagi apabila bayaran lumayan diterima untuk kerja-kerja ala-ala orang gaji/isteri di rumah itu. 

Pada awalnya tiada rasa cinta antara mereka memandangkan layanan kasar dari TAM dan taraf hidup mereka yang jauh berbeza membuatkan Maisarah tidak menyukaikan TAM. Namun layanan TAM yang semakin lama semakin mesra membuatkan Maisarah mula terpaut dengan TAM. Namun Maisarah sedar akan kedudukannya yang jauh berbeza dengan TAM. 

Setelah TAM mengetahui satu rahsia besar siapa Maisarah sebenarnya, TAM mengambil keputusan untuk melindungi Maisarah dengan memperkenalkan wanita lain sebagai calon isterinya. Tapi selepas menempuhi segala rintangan, mereka akhirnya bersatu. 

Rating : ***** best


Monday, October 12, 2015

Terlanjur Mencintaimu (Syamnuriezmil)

Tajuk Buku : Terlanjur Mencintaimu
Penulis : Syamnuriezmil
Penerbit : Karya Seni
441 m/s

Sinopsis Belakang Buku:
Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?

Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"

Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?

Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"


Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?

Ulasan:
Buku Syamnuriezmil kali ini agak nipis jika nak dibandingkan buku-bukunya yang lain. Jalan cerita padat dan tepat...dengan kata lain, memang cepat habislah. Buku ni ada diadaptasikan ke "series" tapi version TV lebih panjang rasanya. Bila beli buku memang cepat dah tahu endingnya. Syamnuriezmil memastikan ceritanya kali ini lain dari bukunya yang sebelum. Ada lebih kepada nak merungkai sejarah keluargapun ada. Tak banyak pusing-pusing...straight to the point. Penuh tandatanya kerana sebab sebenar kenapa ayah  Johan meninggalkan syarikat hanya diketahui oleh Johan apabila dia mengambil alih syarikat peninggalan Tok Din. Rahsia arwah Tok Din dan atuknya dikupas sedikit demi sedikit. Anis pula agak keberatan menerima Johan kerana pernah dikecewakan.

Ending pun sempoi dan saya dah boleh agak yang Anis dan Johan akan berjaya mendapatkan wasiat Tok Din sebelum due datenya.

Rating: **** best
Related Posts with Thumbnails