Monday, May 18, 2015

Isteri Untuk Disewa (Syamnuriezmil)

Tajuk Buku : Isteri untuk disewa
Penulis : Syamnuriezmil
Penerbit : Karyaseni
M/S 813

Sinopsis Belakang Buku:
Anda mempunyai masalah dalam perhubungan?

Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda?

Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia?

Atau...Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? Saya ada penyelesaiannya...

Orang untuk disewa!
Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876.
Anytime, Anywhere... I’ll be there.

Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat.

“Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.

“Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan,CEO.

“Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.

“Inicincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal,Remy Ishak celup.


Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?

Ulasan:
Mula-mula saya tengok ketebalan memang agak menakutkanlah sebab kalau tak best memang habis duit sajalah saya beli buku nih....dahlah ni kali pertama saya nak baca buku penulis nih...

Sinopsis memang menarik cuma saya terfikir bagaimana penulis ni akan garap cerita ini supaya tak nampak macam watak utamanya iaitu Adreina tak tercemar maruahnya kerana menjadikan dirinya 'sewaan' orang lain. 

Bila saya dah baca, memang menarik, watak Adriena diulas dengan jayanya dan saya tak merasa yang saya telah menghabiskan 800 mukasurat.. Cuma saya rasa, watak Suffi kalau dikeluarkan pun tak menjejaskan jalan ceritanya. Watak ini seolah-olah nak memanjangkan cerita. Apa-apapun memang best. Bagi saya, pembaca dan termasuk saya dah boleh agak siapa yang akan menjadi pilihan Adriena...kerana telah menjadi lumrah manusia, bila di depan tak terasa, tapi bila tiada baru timbul rasa rindu...Adriena tahu akhirnya siapa pilihan hatinya...

Ending part pulak agak menarik walaupun saya macam boleh agak apa yang nak berlaku...kalau buat telemovie pun ok jugak nih....lagi nampak real...

Rating : ***** best.. berbaloi membelinya...boleh beli lagi buku Syamnuriezmil...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails