Monday, May 11, 2015

Bukan Isteri Sempurna (Tulip Ungu)

Tajuk Buku : Bukan Isteri Sempurna
Penulis : Tulip Ungu
Penerbit : Kaki Novel
M/S 584

Sinopsis:
Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.

Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.

Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.

Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”

“Tingkahmu sering membuatku kaku. Bicaramu mampu membuatku kelu. Namun... bisakah aku berikan kau bahagia? Andai Aku BUKAN ISTERI SEMPURNA.”

Ulasan:
Gaya bahasa dan jalan cerita penulis agak simple dan tak membosankan. Saya memang agak cepat menghabiskan buku ni, cuma ulasan lambat sikik saya masukkan dalam blog ni. Tulip ungu menyusun cerita dengan teratur dan tidak meleret-leret. Cuma memang tak ada unsur surpriselah dlm buku ni sebab sinopsisnya dah menceritakan keseluruhan ceritanya. Yang menariknya macamana Daniel nak tackle isteri sendiri dan macamana Nina menangani perasaan rendah dirinya kerana merasakan dirinya tidak sempurna untuk dia bersama dengan suaminya. Nina juga diuji dengan kehadiran semula Danish yang telah merampas 'mahkota'nya suatu ketika dulu.

Keseluruhannya cerita agak sempoi dan santai...tak boring, cepat dan saya mampu tersengih di kebanyakan slot dalam buku ini.


Rating : **** best

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails