Penulis : Fatinilam Sari
Penerbit : Buku Prima
564 m/s
Sinopsis Belakang Buku:
Tanpa cinta, hanya rasa sayang yang sekelumit itu, dia
berpegang pada janji pertunangan dengan Andrian. Lalu Tasneem menerima lagi
janji daripada Mak Uda, untuk mencari Andrian di Bridgeport, Connecticut,
Amerika Syarikat.
Namun di sini jua, Christian tercari-cari diri sendiri dan penciptanya. Kehadiran Tasneem bagaikan membawa cahaya indah yang dicarinya. Sejenak mereka bahagia, namun dugaan datang menghancurkan segalanya. Tasneem setia menanti walau datang khabar daripada Siti Hajar, Christian pergi tidak akan kembali. Berkali-kali Tasneem mengingatkan dirinya sendiri bahawa cintanya pada Christian bukanlah serapuh daun maple.
Dengan izin TUHAN, mereka pasti bertemu semula di suatu musim panas yang indah. Angan-angankah ini atau bakal menjadi kenyataan?

"Christian, segala sudah tinggal kenangan antara kita. Bersama gugurnya deraian salji ini, begitulah cinta kita yang berputik kala musim panas yang lalu sudah pun layu dan gugur di bumi." - Tasneem
"Maafkan aku sayang...entah mengapa selama percintaan ini kita percaya pada impian masa hadapan. Tetapi sebenarnya hari ini pun tidak aku pasti ke manakah haluan hubungan kita sudah terputus. Mungkinkah kita tidak akan bertemu lagi buat selama-lamanya." - Christian Olson
"Mana boleh mengukur nilai cinta dengan jarak waktu. Kadang-kala kita boleh jatuh cinta pada seseorang hanya dari pandangan pertama," - Siti Hajar
" Aku menginginkan kau selamanya di sampingku. Aku semakin yakin bahawa kau sentiasa menarikku ke arahmu bagai besi berani yang berlainan kutub." - Andrian
Ulasan:
Sudah lama saya tidak membaca novel Fatinilam Sari...setakat ni memang bestlah...tak bosan dan tak meleret-leret. Buku ini pun sama, walaupun buku ni agak lama tapi saya beli jugaklah kerana ada promosi kat Popular.
Cerita ini banyak berkisar di Connecticut, Amerika Syarikat apabila Tasneem mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sana. Kerana janji untuk mencari sepupunya, Andrian yang juga merangkap tunangnya sendiri, Tasneem dipertemukan dengan Christian.
Tasneem yang bertudung mendorong Christian untuk mengenali Islam dengan lebih dekat dan dorongan dari Pak Ciknya sendiri yang telah lama memeluk Islam juga banyak membantu Christian untuk mudah menerima Islam sebagai pegangannya yang baru.
Hubungan Tasneem dan Christian menghadapi rintangan dari Andrian (tunang Tasneem) dan Siti Hajar yang telah lama memendam perasaan terhadap Christian. Namun jodoh mereka kuat...Christian (nama Islamnya Aslam) telah meninggalkan Siti Hajar sebelum akad nikahnya untuk menemui Tasneem yang telah hilang semangat untuk hidup.
Rating : **** best
No comments:
Post a Comment