Saturday, September 18, 2010

Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah

Tajuk Buku : Andai Itu Takdirnya
Penulis : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima
m/s : 583

Sinopsis Belakang Buku:
"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tidak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kesalahan yang pernah dibuat pada saya."


"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu TakdirNYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.


"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Ulasan :
buku pertama yang saya baca tulisan Siti Rosmizah (SR) sangat menyentuh perasaan. Kena ada banyak tisu kalau nak baca novel nih. Boleh dikatakan dari awal cerita hingga ke akhir ada aje adegan sedih dan sayu. 

Aleya telah lama menyimpan perasaan pada Syed Aizril yang merupakan seorang jejaka tampan anak salah seorang tokoh korporat yang juga merupakan rakan kuliahnya di United Kingdom. Syed Aizril juga menyimpan perasaan pada Aleya, tetapi kerana sikapnya yang ego dan mementingkan darjat telah menutup getaran rasanya sendiri.

Kerana hasad dengki seseorang telah menyatukan mereka berdua namun sebuah perkahwinan bagaikan neraka buat Aleya kerana bersuami Syed Aizril yang ego, pemarah dan tak berhati perut. Pelbagai perkara dilakukakan sehingga merampas permata berharganya tanpa rela. Aleya terpaksa mendengar cemuhan dan hinaan sekeliling kerana menjadi balu sebelum masanya dan anak yg bakal dilahirkan menjadi yatim sebelum masanya. Namun Aleya masih bernasib baik kerana anaknya selama dilahirkan.

Tatkala Aleya ingin meneruskan hidup bersama anaknya, dia terpaksa pulang semula ke mahligai milik suaminya demi anaknya Dania. Kebahagiaannya hanya sementara, akibat hasad dengki dan khianat serta ego dan kemarahan, Aleya di uji sekali lagi sehingga dia tidak mampu bertahan lagi. Namun mereka sekali lagi tidak dapat dipisahkan kerana Aleya disahkan mengandung. Pelbagai perkara dilakukan oleh Syed Aizril untuk menebus kesalahannya semula terhadap Aleya. Akhirnya Aleya kembali semula kerana hidupnya hanya untuk Syed Aizril dan kebahagiaan anak-anaknya dimahligai itu.

Dugaan dan cubaan masih menjadi permainan hidup Aleya apabila Syed Aizril sekali lagi diuji keikhlasannya oleh sepupunya yang telah lama menyintainya. Namun kebahagiaan tetap milik mereka berdua berkat doa seorang isteri yang solehah dan yang selalu mendoakan kebahagiaan yang berkekalan.


Rating : ***** (sangat berbaloi dijadikan koleksi)

20 comments:

  1. hai, bole jualkan ta novel ni utk sya :)

    ReplyDelete
  2. maaflah..bukan taknak jual, saya sendiripun pinjam dengan orang. Tapi memang dalam senarai buku yang saya akan beli untuk buat koleksi. Kalau berminat, saya boleh belikan sekali dan poskan kat sya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak boleh belikan novel ni untuk saya?

      Delete
  3. hi. k.lina dduk mna eik? minat sgt nk bku ni,.,:(

    ReplyDelete
  4. saya tinggal kat PJ, Selangor...

    ReplyDelete
  5. mulenye sy pnjm je buku ni dr kwn...pas baca + nangis tros minat..puas cari buku ni kt books store tp xde...akhrnye dpt gk....syg gile buku ni....huhu

    ReplyDelete
  6. kak lina boleh belikan buku ni untuk saya?

    ReplyDelete
  7. boleh. nanti dh beli akk emailkan. bg alamat ermail. Takut tak ada pulak.

    ReplyDelete
  8. Akak boleh bagi no telefon akak tak? So senang saya nak berhubung nanti? Boleh?

    ReplyDelete
  9. boleh...bagi email...akak emailkan...

    ReplyDelete
  10. boleh tolong belikan novel tu untuk saya?

    ReplyDelete
  11. boleh tak tolong belikan novel tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih berminat dengan buku ni ke? nak saya carikan tak?

      Delete
  12. boleh bagi email tak? kita berhubung melalui email atau handphone...

    ReplyDelete
  13. hai saye duduk kat indonesia, boleh carikan buku ni tak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. siti boleh bg email address...senang nak contact nanti..

      Delete
  14. NANTI SAYA CARIKAN....BOLEH BAGI EMAIL TAK? SENANG NAK COMMUNICATE

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails