Sunday, May 12, 2013

Angel in the Devil's Suit (Kaseh Esmiralda)


Tajuk Buku : Angel in the Devil's Suit
Penulis : Kaseh Esmiralda
Penerbit : Kaki Novel
M/s : 640

Sinopsis Belakang Buku:
Dew dan Jeremy adalah orang berlainan tetapi mempunyai wajah yang seiras, nama yang serupa dan suara yang seakan. Namun perwatakan dan keperibadian mereka terlalu berbeza sehinggakan Camie, gadis yang paling rapat dengan mereka menggelarkan mereka dengan gelaran The Angel dan The Devil.

Jeremy, insan amat dicintai oleh Camie dan mereka saling menyayangi. Namun, hubungan kasih mereka akhirnya terlerai apabila Jeremy yang selama ini mempunyai penyakit telah meninggal dunia.

Dew pula seorang pelajar yang digelar The Taiko oleh semua pelajar dan guru-guru di sekolahnya. Berjumpa dengan Camie yang menjadi pelajar baru di sekolahnya dan mengisytiharkan Camie sebagai hambanya. Mereka bergaduh, membuli, bertekak dan apa sahaja bersama-sama. Camie hanya menurut dan rela menjadi hamba Dew kerana wajah, nama dan suaranya yang seiras dengan Jeremy, kekasihnya.

Namun penemuan diari mendiang Jeremy telah membongkarkan identiti sebenar Dew yang selama ini hanya diketahui oleh ayah Dew dan juga ayah Jeremy sendiri. Detik penemuan diari itu telah menyebabkan dirinya pening dan keliru.

Apakah rahsia itu? Bagaimanakah caranya Dew mencari kembali identiti dirinya yang telah dikelirukan oleh diari kepunyaan Jeremy itu? Berjayakah Camie membantu ‘tuan’nya menyelesaikan masalah itu?
 
Ulasan :
Ini buku pertama tulisan Kaseh Esmiralda yang saya baca. Sinopsis belakang buku telah menceritakan hampir keseluruhan cerita dalam buku ini. Di awal buku agak perlahan sedikit lebih-lebih lagi apabila 'part' yang menceritakan semula hubungan  Camie dan Jeremy yang telah mati. Saya kurang rasa 'touching' dengan hubungan Camie dan Jeremy, tetapi 'part' Dew yang selalu mengenakan Camie agak menarik dan kadangkala membuatkan saya tersenyum. 
 
Hubungan Dew dan Jeremy hanya dinyatakan di pengakhiran cerita dan saya memang dah boleh agak, cuma macamana perkara itu berlaku yang banyak menjadi tanda tanya kepada saya diawal penceritaan buku ini, dan itulah yang mendorong saya untuk menghabiskan novel ini. Latarbelakang Jeremy yang diceritakan oleh Camie telah membawa Dew kepada keluarga Jeremy dan penemuan dairi milik Jeremy merungkaikan segalanya dan kerana ingin mengekalkan sebuah hubungan, Jeremy rela merahsiakan segalanya dari keluarganya.
 
Secara keseluruhannya, penulisannya agak santai dan bersahaja. Ada juga diselitkan adegan lucu dan mencuit hati...

Rating : *** (bacaan santai)

Sunday, May 5, 2013

Doktor Cinta (Dyadila)

Tajuk Buku : Doktor Cinta
Penulis : dyadila
Penerbit : Kaki Novel
m/s : 833

Sinopsis Belakang Buku:
Mazliana Haji Nordin gadis yang hidup dengan 3S iaitu simple, sempoi, sederhana yang sentiasa diamalkan dalam hidupnya. Namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dalam lakonan sebagai tunang kepada mamat ego dan bongkak iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Sejak menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar atau bos besar, hidupnya bertukar 360 darjah. Dari 3S kepada 3P iaitu pening, pelik dan porak peranda...

Mazliana : Gila ke aku jatuh cinta pada bos besar? Ingat dia hensem sangat ke aku nak jatuh cinta?

Tengku Iskandar : Cinta pertama aku hanya pada Julia Hana dan selamanya pada dia. Tapi Mazliana? Budak kelibut tu macam mana?

Zikri Alif : Kecewa tak sesakit menyintai seseorang dalam diam. Senyap adalah jawapan terbaik.

Julia Hana : Cinta memang pelik tapi cinta juga kadangkala buat aku terpaksa.

Syamin a.k.a Mimi the over : Eiii...tengok orang lain putus cinta, sekali dengan aku jangkit takut bercinta.

              Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiakan. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mengindahkan kehidupan adalah cinta. Siapa Doktor Cinta? Kenapa hati ini tak henti berkata-kata yang cinta itu hanya untuknya?
Ulasan: 
Ini buku pertama tulisan dyadila yang saya beli dan baca. Saya belipun sbb antara top seller waktu tu. So agak berbaloilah dengan duit yang saya spend utk buku ini. Dyadila memang pandai mengolah cerita yang kelakar..banyak part2 yang saya gelak dan buat saya tersenyum.

Bermula dengan watak utamanya, Mazliana yang suka buat lawak dan suka berlakon, sepupu Tengku Iskandar yang juga salah seorang daripada bos di syarikatnya, telah mencadangkan Mazliana berlakon menjadi teman wanita Tengku Iskandar. Ini untuk mengelakkan dari kahwinkan dengan calon pilihan ibunya. Namun Mazliana disuruh mengubah penampilan yang akan membuatkan ibunya tidak menyukai pilihannya. Tapi lain pulak jadinya bila nenek Tengku Iskandar menyukai dan menyokong  sepenuhnya pilihan Tengku Iskandar. Dari itu bermulalah lakonan yang berterusan yang memaksa Mazliana untuk terus memainkan wataknya. Pelbagai adegan2 yang mencuit hati dalam lakonan2 yang diarah sendiri 4 orang yang mengetahui rancangan Tengku Iskandar.

Dalam masa yang sama, kerana sikap dendam dan dengki seseorang telah menjadikan Mazliana yang dulunya seorang periang kepada seseorang yang tidak berperasaan setelah kehilangan seseorang yang amat sayanginya. 

Tengku Iskandar pula, terasa kehilangan apabila Mazliana tiada di sisi. Dia mulai sedar akan perasaan yang hadir tanpa diminta. Siapakah yang ingin membalas dendam kepada Mazliana dan kenapa? Siapakah insan yang paling disayangi Mazliana? Siapakah doktor cinta sebenarnya dalam cerita ini? Semuanya akan terjawab dipengakhiran cerita. Endingnya memang best..ada kejutan sedikit...

Rating : ***** (berbaloi)
Related Posts with Thumbnails