Penulis : dyadila
Penerbit : Kaki Novel
m/s : 833
Sinopsis Belakang Buku:
Mazliana Haji Nordin gadis yang hidup dengan 3S iaitu simple, sempoi, sederhana yang sentiasa diamalkan dalam hidupnya. Namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dalam lakonan sebagai tunang kepada mamat ego dan bongkak iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Sejak menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar atau bos besar, hidupnya bertukar 360 darjah. Dari 3S kepada 3P iaitu pening, pelik dan porak peranda...
Mazliana : Gila ke aku jatuh cinta pada bos besar? Ingat dia hensem sangat ke aku nak jatuh cinta?
Tengku Iskandar : Cinta pertama aku hanya pada Julia Hana dan selamanya pada dia. Tapi Mazliana? Budak kelibut tu macam mana?
Zikri Alif : Kecewa tak sesakit menyintai seseorang dalam diam. Senyap adalah jawapan terbaik.
Julia Hana : Cinta memang pelik tapi cinta juga kadangkala buat aku terpaksa.
Syamin a.k.a Mimi the over : Eiii...tengok orang lain putus cinta, sekali dengan aku jangkit takut bercinta.
Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiakan. Kalau
yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mengindahkan kehidupan
adalah cinta. Siapa Doktor Cinta? Kenapa hati ini tak henti berkata-kata
yang cinta itu hanya untuknya?
Ulasan:
Ini buku pertama tulisan dyadila yang saya beli dan baca. Saya belipun sbb antara top seller waktu tu. So agak berbaloilah dengan duit yang saya spend utk buku ini. Dyadila memang pandai mengolah cerita yang kelakar..banyak part2 yang saya gelak dan buat saya tersenyum.
Bermula dengan watak utamanya, Mazliana yang suka buat lawak dan suka berlakon, sepupu Tengku Iskandar yang juga salah seorang daripada bos di syarikatnya, telah mencadangkan Mazliana berlakon menjadi teman wanita Tengku Iskandar. Ini untuk mengelakkan dari kahwinkan dengan calon pilihan ibunya. Namun Mazliana disuruh mengubah penampilan yang akan membuatkan ibunya tidak menyukai pilihannya. Tapi lain pulak jadinya bila nenek Tengku Iskandar menyukai dan menyokong sepenuhnya pilihan Tengku Iskandar. Dari itu bermulalah lakonan yang berterusan yang memaksa Mazliana untuk terus memainkan wataknya. Pelbagai adegan2 yang mencuit hati dalam lakonan2 yang diarah sendiri 4 orang yang mengetahui rancangan Tengku Iskandar.
Dalam masa yang sama, kerana sikap dendam dan dengki seseorang telah menjadikan Mazliana yang dulunya seorang periang kepada seseorang yang tidak berperasaan setelah kehilangan seseorang yang amat sayanginya.
Tengku Iskandar pula, terasa kehilangan apabila Mazliana tiada di sisi. Dia mulai sedar akan perasaan yang hadir tanpa diminta. Siapakah yang ingin membalas dendam kepada Mazliana dan kenapa? Siapakah insan yang paling disayangi Mazliana? Siapakah doktor cinta sebenarnya dalam cerita ini? Semuanya akan terjawab dipengakhiran cerita. Endingnya memang best..ada kejutan sedikit...
Rating : ***** (berbaloi)

No comments:
Post a Comment