Tajuk Buku : Angel in the Devil's Suit
Penulis : Kaseh Esmiralda
Penerbit : Kaki Novel
M/s : 640
Sinopsis Belakang Buku:
Dew
dan Jeremy adalah orang berlainan tetapi mempunyai wajah yang seiras,
nama yang serupa dan suara yang seakan. Namun perwatakan dan
keperibadian mereka terlalu berbeza sehinggakan Camie, gadis yang paling
rapat dengan mereka menggelarkan mereka dengan gelaran The Angel dan
The Devil.
Jeremy, insan amat dicintai oleh Camie dan mereka saling menyayangi. Namun, hubungan kasih mereka akhirnya terlerai apabila Jeremy yang selama ini mempunyai penyakit telah meninggal dunia.
Dew pula seorang pelajar yang digelar The Taiko oleh semua pelajar dan guru-guru di sekolahnya. Berjumpa dengan Camie yang menjadi pelajar baru di sekolahnya dan mengisytiharkan Camie sebagai hambanya. Mereka bergaduh, membuli, bertekak dan apa sahaja bersama-sama. Camie hanya menurut dan rela menjadi hamba Dew kerana wajah, nama dan suaranya yang seiras dengan Jeremy, kekasihnya.
Namun penemuan diari mendiang Jeremy telah membongkarkan identiti sebenar Dew yang selama ini hanya diketahui oleh ayah Dew dan juga ayah Jeremy sendiri. Detik penemuan diari itu telah menyebabkan dirinya pening dan keliru.
Apakah rahsia itu? Bagaimanakah caranya Dew mencari kembali identiti dirinya yang telah dikelirukan oleh diari kepunyaan Jeremy itu? Berjayakah Camie membantu ‘tuan’nya menyelesaikan masalah itu?
Ulasan :
Ini buku pertama tulisan Kaseh Esmiralda yang saya baca. Sinopsis belakang buku telah menceritakan hampir keseluruhan cerita dalam buku ini. Di awal buku agak perlahan sedikit lebih-lebih lagi apabila 'part' yang menceritakan semula hubungan Camie dan Jeremy yang telah mati. Saya kurang rasa 'touching' dengan hubungan Camie dan Jeremy, tetapi 'part' Dew yang selalu mengenakan Camie agak menarik dan kadangkala membuatkan saya tersenyum.
Hubungan Dew dan Jeremy hanya dinyatakan di pengakhiran cerita dan saya memang dah boleh agak, cuma macamana perkara itu berlaku yang banyak menjadi tanda tanya kepada saya diawal penceritaan buku ini, dan itulah yang mendorong saya untuk menghabiskan novel ini. Latarbelakang Jeremy yang diceritakan oleh Camie telah membawa Dew kepada keluarga Jeremy dan penemuan dairi milik Jeremy merungkaikan segalanya dan kerana ingin mengekalkan sebuah hubungan, Jeremy rela merahsiakan segalanya dari keluarganya.
Secara keseluruhannya, penulisannya agak santai dan bersahaja. Ada juga diselitkan adegan lucu dan mencuit hati...
Rating : *** (bacaan santai)
No comments:
Post a Comment