Tajuk : Cinta si Wedding Planner
Penulis : DHIYANA
Penerbit : Penulisan2u
M/S 755
Sinopsis Belakang Buku:
Perebutan tempat parkir kereta menjadi permulaan peristiwa
kisah Zara si wedding planner dengan
Fariz, bekas tentera laut yang berhati batu.
Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya
sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya
bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada
pengetahuan mak lang dan pak lang hancur si tengah jalan.
Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara
Zara dan Fariz. Meski Fariz selalu mengejek Zara, hanya lelaki itu dapat
membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga
penyayangnya.
“Kerusi kereta kau ni buat aku sakit badan la.” - FARIZ
“Ni hanya kerusi kereta, bukannya tilam King Koil!”- ZARA
“Kalau ya pun, tukarlah kerusi empuk sikit. Recaro ke.” –
FARIZ
Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara
terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz.
Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz.
Abang teringin pankek, jem blueberry, and omelette for
breakfast. Boleh sayang buatkan untuk abang?” – FARIZ
"For you, my dear... I will do anything for you.” -
ZARA
Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya
berjaya. Hati Zara kini miliknya. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama
Fariz kembali muncul menagih kasih.
“Hanya satu aje permintaan Zara. Kejujuran! Zara hanya nak
kejujuran daripada abang.”
“Dia kekasih aku! Dah lama kami bercinta! Puas?”
Jawapan Fariz bagaikan sembilu tajam menusuk hati Zara.
Fariz bertukar 360 darjah setelah munculnya wanita itu dalam rumah tangga
mereka. Adakah rasa cinta terhadap kekasih lama Fariz masih mekar dalam hati
lelaki itu melebihi rasa kasihnya kepada Zara?
Mampukah ikatan suci yang dahulunya kembang dengan bunga-bunga
kebahagiaan dapat diselamatkan?
Ulasan:
Ini buku pertama yang saya baca dari penulis Dhiyana...agak santai jalan ceritanya dan kita memang dah boleh agak ending dan jalan ceritanya. Pertemuan demi pertemuan menjadikan mereka seolah-olah memang ada jodoh. Zara yang pada mulanya mencintai orang lain iaitu Bazli, akhirnya telah menerima pinangan Fariz selepas mengetahui rahsia besar mengenai teman lelakinya. Menerima Fariz seolah-olah hanya ingin memuaskan hati kedua2 belah pihak..keluarga M.Lang dan keluarga angkatnya. Namun kedua2nya masih cuba menerima antara satu sama lain.
Kehadiran bekas teman wanita Fariz agak menggoyahkan hubungan mereka berdua sehingga Zara membawa diri ke luar negara. Rancangan yang dirancang oleh Fariz hampir membuat Faris kehilangan Zara. Namun Fariz tidak akan sekali-kali melepaskan Zara walau apapun yang terjadi. Akhirnya mereka bersatu semula dengan bantuan bekas teman lelaki Zara.
Apakah rahsia antara Zara dan Bazli...kenapa mereka tidak boleh bersatu?
Kenapa Fariz meminang Zara sedangkan di hati belum ada cinta?
Rating: ***** best
No comments:
Post a Comment