Penulis : Melur Jelita
Penerbit : Karya Seni
m/s : 1056
Sinopsis Belakang Buku:
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea -
American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana
perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila
Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan
Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham
kerana ego seorang Intan.
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan
Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa
bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang
hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…
" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh,
saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak.
Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak.
Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong
" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium
sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti
awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to
kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi
seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak
semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien
Yong
" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak
boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien
sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling
bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan
sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan
cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian
sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan
Zulaikha
Ulasan:
Saya beli buku ni sbb ada orang bagitau buku ni memang best. Tebalnya memang boleh tahanlah...seribu mukasurat tuh. Ini juga buku pertama tulisan Melur Jelita yang saya baca. Keseluruhannya memang best giler. Banyak ilmu yang saya dapat belajar dalam buku ni. Saya boleh terminat nak belajar menunggang kuda pun ada jugak. Gaya bahasa dan susunan ayat memang simple dan bersahaja. Macam-macam benda lagi ilmu yang Melur Jelita nak bagitau..tapi yang paling terkesan dihati saya adalah banyak ilmu agama, motivasi dan sejarah2 islam yang ingin disampaikan oleh beliau.
Cerita ini berkisar tentang kisah cinta antara Chinese Muslim (Hilman) dan Intan Zulaikha yang sememangnya telah dilahirkan Islam. Banyak part2 yang tak disangka dalam novel ini sebenarnya. Kisah yang menemukan Hilman dan Intan yang mencetuskan pelbagai salah faham di antara mereka berdua. Hilman lebih suka jika bercinta selepas kahwin tapi Intan tak setuju pulak. Mereka terpisah lama kerana salah faham lagi...jumpa semula selepas beberapa tahun...bercinta dan hampir berkahwin, ada tragedi pulak berlaku. Intan pula perlu kuat untuk mengembalikan cintanya yang hilang. Pelbagai halangan dan dugaan yang perlu ditempohinya, sehinggalah mereka akhirnya berkahwin jugak...itulah serba sedikit sinopsisnya. Tapi cerita detail lagi menariklah... memang sangat2 menarik..
Kisah cinta yang berlandas cinta pada yang Satu menjadikannya buku ini lebih bermakna dan banyak pengisian ilmu yang menjadikan buku ini tidak jemu untuk menghabiskan lebih 1 ribu mukasurat. Saya pun tak sangka saya dapat habiskan dalam masa beberapa hari sahaja.
** pesanan untuk pembaca : jangan skip walau sebaris ayatpun sbb disitu mungkin penuh dengan ilmu dan pesanan yang mungkin mengubah diri anda dan tanggapan anda terhadap sesuatu perkara. **
Rating : ***** (memang best giler)
No comments:
Post a Comment