Saturday, October 25, 2014

Awek Abang Poyo (Ummu Wafa)

Tajuk Buku : Awek Abang Poyo
Penulis : Ummu Wafa
Penerbit : Alaf21

Sinopsis Belakang Buku:
Kasdina Alya - Seorang gadis cun, cekal dan bersemangat waja. Bersendirian mengharungi suka-duka kehidupan di kota London.
Anas Irfan - Jejaka handsome yang poyo giler. Buat part-time di tempat yang sama dengan tempat Kasdina bekerja. Walaupun munculnya cuma dua hari dalam seminggu, namun kewujudannya sudah cukup membuatkan Kasdina sesak nafas dan huru-hara.
Suatu hari, Anas menyelamatkan Kasdina daripada dilanggar kereta. Pertolongan tersebut diwartanya sebagai hutang, dan Kasdina perlu membayar dengan dipaksa menyamar menjadi kekasihnya. Tujuannya adalah untuk ditunjukkan pada ibu bapanya yang sedang bercuti di UK, yang dia ada awek lawa yang boleh dijadikan menantu.

Takdir berlaku tidak seperti yang dirancang. Ibu bapa Anas terus tertarik dengan Kasdina sebaik saja mereka melihat keperibadiannya. Masalah sedia ada bertambah rumit, bila mama Anas menyarungkan cincin bertunang ke jari manis Kasdina. Tidak semena-mena, dia telah menjadi tunang brader poyo itu dalam sekelip mata. Kacau, memang jiwanya bertambah kacau. Hatinya bertambah sakit bila mat poyo tu selamba saja setuju dengan pertunangan ‘mee segera’ itu.

Ulasan:
Ini merupakan buku pertama nukilan Ummu Wafa yang saya baca. Bagi saya jalan cerita keseluruhan agak sampoi dan menarik. Tak meleret-leret dan mudah difahami. 

Bermula dengan Anas dan Kasdina yang bekerja ditempat yang sama. Anas dan Kasdina kedua-duanya memendam rasa tapi mereka selalu bertekak dan bertegang lidah bila bertemu. Keegoan masing-masing telah membawa mereka pulang ke Malaysia. Selepas pulang ke Malaysia, cerita Kasdina dan Anas terhenti sekejap kerana Kasdina menghadapi masalah keluarga sehingga membawa Kasdina sekeluarga ke Kuala Lumpur. Kasdina membuka gerai nasi lemak sebagai permulaan kepada bisness restoran yang diidam-idamkan. Masa ini juga dia berkenalan dengan businessman yang juga menaruh perasaan terhadapnya. Dalam masa yang sama juga gerainya selalu dikacau oleh seseorang. 

Pertemuan semula Kasdina dan emak Anas telah merapatkan mereka semula dan Kasdina tak sangka selama ini Anas selalu memerhatikannya. 

Siapakah yang selalu mengacau gerai nasi lemak Kasdina. Bagaimana penerimaan Kasdina selepas mereka bertemu semula di Malaysia. Kalau jodoh tak ke mana. Mereka berdua memang saling cinta mencintai. Walaupun ada insan lain yang lebih hansem dan lebih hebat menaruh harapan kepada Kasdina, cintanya pada Anas tak pernah tergugat.

Rating : **** (berbaloi membelinya) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails