Penulis : Anjell
Penerbit : Karya Seni
M/S : 843
Sinopsis Belakang Buku :
Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada
pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya.
Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai
nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak
sampai dua jam?
Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan
keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan
Tengku Aaron batalkan niatnya.
“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni
pisau cukur...”
“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka.
Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”
Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron
semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi
belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga.
Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya?
Ulasan :
Kali pertama buku penulis ni saya baca..boleh tahan penulisan. cepat, padat dan ringkas. Dengarnya akan ditayangkan di TV untuk drama bersiri tapi tak pasti kat Tv mana..
Watak utama Tengku Aaron dan Damia digarap dengan baik oleh Anjell. Cerita pula lebih berkisar selepas mereka berdua kahwin paksa kerana Tengku Aaron mengugut akan membatalkan kontrak jika tidak berkahwin dengannya. Tengku Aaron pula nak sudah agak berumur dan selalu digesa untuk berkahwin oleh keluarganya. Banyak babak-babak kelakar sepanjang perkenalan dan perkahwinan mereka. Susah nak terang kalau bab2 kelakar nih...boleh baca sendirilah... 800 mukasurat tak terasapun...sekejap je habis...yang pasti saya akan beli lagi buku dari penulis ini.
Rating : **** best

No comments:
Post a Comment