Sunday, June 14, 2015

Jauh Dari Cinta (Adah Hamidah)

Tajuk Buku : Jauh Dari Cinta
Penulis : Adah Hamidah
Penerbit : Karya Seni
M/S 636

Sinopsis Belakang Buku:
NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.
“Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak… minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?”
“Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu.”
“Oh… jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!”
Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.
FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.
“Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni.”
“Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas.”

Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!

Ulasan:
Ini buku pertama Adam Hamidah yang saya baca. Oklah walaupun saya dapat agak apa yang berlaku. Saya beli dan baca buku ni pun kerana cerita ni dah keluar TV dah tapi saya tak tengok kat tv langsung sbb nak baca buku dulu. Semasa Aqil datang juga masa majlis perkahwinannya walaupun ditegah oleh  Nysa, saya macam dah boleh agak kenapa Aqil buat begitu. Andaian saya memang betul tapi last last baru bagitaulah kenapa. Jalan cerita memang bersahaja dan simple. tak boringlah lebih kurang.  

Layanan Aqil terhadap Nysa selepas berjanji untuk kembali kepada Nysa memang tak patutlah. Aqil seperti main tarik tali jer. Nysa seolah-olah terkecewa buat kali kedua. Tapi Aqil tetap datang masa hari perkahwinannya walaupun di hatinya ada yang lain. Nysa pula nekad untuk mengembalikan Lily ke pangkuan Aqil kerana dia percaya Lily boleh membahagiakan Lily. Ini semua kerana Nysa ada terbaca nukilan Aqil. Macam-macam cara dilakukan oleh Nysa termasuklah meminta bantuan mak mertuanya sendiri. Namun dalam masa yang sama, Nysa tidak ketahui yang selama ini Aqil telah berubah hati. Insan yang selama ini dianggap dan hendak dianggapnya adik angkat dapat menggantikan kasih yang hilang. Namun semua ini telah disedari oleh seseorang yang lain. Nysa sedar akhirnya kasih dan cinta yang diharapkan selama ini kembali kepadanya. Siapakah insan yang menyedarkan Nysa tentang hakikat di depan mata? 

Rating : **** best...


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails