Sunday, September 27, 2015

Teman Lelaki Upahan (Azura Rasiddin)

Tajuk Buku : Teman Lelaki Upahan
Penulis : Azura Rasiddin
Penerbit : Karya Seni
Genre : Cinta
M/S : 813

Sinopsis Belakang Buku :
“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA

“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL

“Syarat? Syarat apa?”

Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.

Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.

Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia.

Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.

“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you…  Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”


Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?

Ulasan:
Ini adalah buku pertama penulis Azura Rasiddin yang saya baca. Jalan cerita memang menarik dan lain dari cerita-cerita yang saya baca. Muka suratnya memang panjanglah dan sesuai dengan jalan ceritanya yang agak panjang.

Cerita berkisar dengan Kyra yang mengupah EL menjadi teman lelakinya kerana ingin mewarisi syarikat bapanya.  EL memberikan syarat supaya boleh mengubah perwatakan Kyra dan hubungan Kyra dengan bapanya. Kyra tidak mengetahui identiti sebenar EL sehinggalah EL mengambil alih syarikat peninggalan abangnya selepas dikecewakan oleh Kyra. Kyra terpaksa memendam perasaan kerana menyangka EL lebih diperlukan oleh insan lain. EL pula membalas dendam kerana menganggap Kyra menemui bahagia selepas dirinya menderita. Namun mereka berdua akhirnya bersatu setelah semuanya terbongkar.

Cerita ini juga telah ditayangkan dalam slot Akasia di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul pada awal tahun 2015. Watak utamanya ialah Ungku Ismail Aziz dan Elizad. Kedua-dua pelakon memainkan watak dengan baik. Jalan cerita di dalam buku dan drama hamper sama. Bagi saya, saya sukakan kedua-dua versi, drama dan buku.  

Rating : **** best

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails