Penulis : Aii Fariza
Penerbit : Kaki Novel
742 m/s
Sinopsis Belakang Buku:
Takdir itu aneh! Pemuda yang dimusuhi secara nyata bertindak berani merisik dirinya. Sungguh, akal waras Hanan Safura tidak mampu menerima kenyataab itu. Sedangkan antara mereka, sejarah banyak melakarkan cerita duka daripada manis.
Daripada benci menjadi cinta? Sungguhpun Hanan meragui kesungguhan Abrar, namun percaturan itu diatur tertib oleh-Nya. Jika pertemuan dulu sering mengundang kebencian kini, asyik menghadirkan getaran indah. Perlahan-lahan kepahitan lalu terhapus dek kemanisan yang dihulurkan oleh si jejaka.
"Hanan bunga yang sukar abang miliki. Walaupun mati, bunga yang abang puja takkan singgah ke tangan lain." ~ Abrar Zikri.
Namun, mampukah cinta seorang lelaki amnesia bertahan? Mungkinkah segala-galanya bakal terlerai setelah terbongkarnya ingatan lalu? Atau...cinta itu semakin berpadu tatkala tersingkap segala rahsia hati?
Dia...permata hati yang sukar kulemaskan dalam lautan cinta, tetapi sekarang selaut cintanya hanya untukku. ~ Abrar Zikri
Sinopsis:
Hanan dirisik oleh seseorang yang selama ini bermatian
dihindarinya! Hanan kelu. Lemah dalam tuntutanhati si lelaki serta pujukan
seorang ibu. Buat Abrar Zikry, gadis itu cinta pertamanya! Dia tertawan dek
sebuah pandangan yang sukar dilafazkan melalui bibir. Wanita yang dingin
tetapi, mampu mengasak rindu bertamu di jiwa lelakinya.
Sungguhpun begitu, Abrar terseksa tatkala orang di
sekeliling mengatakan dirinya dan Hanan tidak mungkin bersatu. Permusuhan dari
zaman kanak-kanak hingga meningkat remaja, telah mencoretkan pelbagai memori
pahit di ingatan gadis pujaannya tetapi tidak padanya yang ditimpa amnesia.
Maka, bermulalah episod manis Abrar mengejar anak dara Abdul
Malik. Sehingga terjadinya suatu peristiwa, tempoh pernikahan yang sengaja
Hanan lewatkan menjadi terlalu cepat berlangsungnya.
“Meskipun ingatan ini pergi namun, jiwaku mampu mengesan
suri hatiku.”
Ulasan:
Jalan cerita agak biasa tapi saya mampu menghabiskannya dalam masa yang singkat. Plot banyak mengimbas kembali apa yang telah berlaku antara Hanan dan Abrar sebelum Abrar mengalami kemalangan dan penulis tidak cukup mengaitkan menyembuhan Abrar dengan imbasan peristiwa lalu. Penyembuhan Abrar agak drastik dan hanya diceritakan secara rawak sahaja. Kurang ada imbasan lalu (seolah-olah teringat) dari sudut Abrar sendiri. Namun yang penting tak boring dan rahsia dirungkai sedikit demi sedikit. Tidak terlalu drastik.
Rating: *** ok jugak
No comments:
Post a Comment