Monday, October 12, 2015

Terlanjur Mencintaimu (Syamnuriezmil)

Tajuk Buku : Terlanjur Mencintaimu
Penulis : Syamnuriezmil
Penerbit : Karya Seni
441 m/s

Sinopsis Belakang Buku:
Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?

Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"

Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?

Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"


Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?

Ulasan:
Buku Syamnuriezmil kali ini agak nipis jika nak dibandingkan buku-bukunya yang lain. Jalan cerita padat dan tepat...dengan kata lain, memang cepat habislah. Buku ni ada diadaptasikan ke "series" tapi version TV lebih panjang rasanya. Bila beli buku memang cepat dah tahu endingnya. Syamnuriezmil memastikan ceritanya kali ini lain dari bukunya yang sebelum. Ada lebih kepada nak merungkai sejarah keluargapun ada. Tak banyak pusing-pusing...straight to the point. Penuh tandatanya kerana sebab sebenar kenapa ayah  Johan meninggalkan syarikat hanya diketahui oleh Johan apabila dia mengambil alih syarikat peninggalan Tok Din. Rahsia arwah Tok Din dan atuknya dikupas sedikit demi sedikit. Anis pula agak keberatan menerima Johan kerana pernah dikecewakan.

Ending pun sempoi dan saya dah boleh agak yang Anis dan Johan akan berjaya mendapatkan wasiat Tok Din sebelum due datenya.

Rating: **** best

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails