Tajuk Buku : Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Penulis : acik lana
Penerbit : kaki novel
947 m/s
Sinopsis Belakang Buku :
Di saat itu...
Luqman : "Tolong sikik eh, kalau tak kena paksa memang saya takkan kahwin dengan awak. Perempuan macam ni nak buat bini? Memang tak la...
Melina : "Sedarlah kau tu bekas pekebun sayur merangkap driver aku. Layak ke kau menginginkan aku? Takde cermin kat rumah? Pergi balik cermin muka kau sikit!"
Dua dunia yang berbeza bagai langit dan bumi ditemukan dalam satu ikatan yang tidak pernah terduga. Melina yang liar dan bebas digandingkan dengan Luqman yang matang dan penuh tertib atas dasar wasiat yang tidak boleh ditolak. Rasa benci dari dua hati itu menggambarkan ikatan yang tersimpul longgar itu akan terurai dan meranapkan tiang istana mereka yang dibina tanpa rela. Kehadiran Sarah yang berbelas tahun memendam perasaan kepada Luqman dan kemunculan Hariz yang menagih cinta Melina mewujudkan pelbagai perasaan yang tidak pernah terfikir akan lahir dari hati yang penuh rasa benci. Benarkah perasaan terlalu benci boleh mewujudkan perasaan cinta yang terlalu mendalam ? Dan mampukah perkahwinan tanpa rela bertukar menjadi satu ikatan yang bisa membuka jalan ke Pintu Syurga?
Di saat ini ...
Luqman : "Kalau abang tak cinta takkan abang rasa rindu setengah mati macam ni."
Melina : "Mel tak boleh fikir apabila tak nampak abang depan mata."
Ulasan:
Ini merupakan buku kedua karya Acik Lana yang saya baca. Saya beli buku ni sbb berpuas hati dengan buku Aku Bukan Mistress yang beli/baca sebelum ni. Lagilah buku ni ada offer kat popular dan tersenarai dalam "Pilihan Buku Popular". Buku ni dapat special discount sbb antara top seller di kedai buku popular.
Setelah saya beli buku ni, perkara pertama yang check adalah jumlah cetakan. Sekarang ni dah sampai cetakan kesepuluh pada April 2013 dan sememang buku ni memang BEST. Memang jauh berbeza dari bukunya yang pertama.
Awal2 cerita, Luqman dipaksa kahwin dengan anak sabahat ayahnya sendiri, Melina. Kerana wasiat Datuk Zakri, bapa Melina, mereka terpaksa berkahwin walaupun tiada sekelumit perasaan antara mereka berdua. Buka kata suka, benci adalah...dengan sikap Melina yang ingin bebas dan liar...Luqman pula terpaksa mengadap dan bertekak dengan Melina yang tak mahu mendengar kata.
Namun begitu, lama kelamaan timbul pula peraan sayang dan cinta antara mereka berdua. Mereka seolah-olah lupa pasal kahwin kontrak yang mereka meterai bersama. Namun badai mula menimpa apabila Hariz yang disangkakan hanya kekasih "suka-suka" Melina, mula menyintai Melina tetapi Melina sehingga hampir memperkosa Melina. Sekali lagi kasih sayang mereka teruji apabila Luqman diperangkap sehingga ditangkap khalwat dengan Sarah, kawan baiknya yang juga telah lama menyimpan perasaan terhadap Luqman. Luqman dipaksa kahwin dengan Sarah kerana ini menjaga maruah keluarga Sarah. Namun, perkahwinan mereka hanya pada nama. Kehidupan Luqman dan Sarah tidak pernah berubah, Luqman menganggap Sarah tidak lebih dari seorang sabahat/adik. Akhirnya mereka berpisah dan Luqman dan Melina bersatu semula selepas dalang yang merancang kes khalwat telah mengaku sendiri didepan sahabat karib Melina.
Jalan cerita memang best walaupun cerita sebegini agak biasa dalam novel2 melayu...kena kawin paksa..lps tuh suka, lepas tu ada orang dengki...etc...etc...Yang penting ceritanya tak boring, walaupun saya memang dah boleh agak jalan ceritanya...tahniah Acik Lana...BEST...TAK RASA MACAM BACA BUKU TEBAL.
Rating : ***** (BEST)
No comments:
Post a Comment