Tajuk Buku : Aku Bukan Mistress
Penulis : Acik Lana
Penerbit : Kaki Novel
M/s :
Sinopsis Belakang Buku:
Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam.
Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang
disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza
seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail,
lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.
Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh
Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam
yang kejam, Shamil yang menagih janji
silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan
hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari
membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam
marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.
Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua
catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan,
tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji
secara sembunyi.
Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah
impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka
melagukan rentak yang sama?
Ulasan:
Ini merupakan buku pertama karya Acik Lana (AL) yang saya
baca. Cerita sebegini agak terlalu biasa dikalangan novel melayu. Lebih kurang
buku Ombak Rindu jugaklah tapi watak utama Mya dan Mikail memang bergelumang
dengan dosa. Mikail pada mulanya menganggap Mya hanya wanita simpanannya, mula
menyimpan rasa cinta terhadap Mya apabila ada insan lain yang berminat dengan
Mya. Bagi Mya pulak, memang dari dulu telah menaruh perasaan terhadap Mikail
tetapi sikap Mikail yang macam tiada perasaan membuatkan Mya hanya memendam
perasaannya dan mengikut apa sahaja yang Mikail mahukan.
Namun begitu, akhirnya mereka bersatu juga setelah melalui
beberapa rintangan dari ibu Mikail dan jejaka lain yang masih mendampakan cinta
Mya selama ini. Dialog dan jalan cerita agak bersahaja tetapi mampu menarik
saya untuk menghabiskan buku ini.
Gaya penceritaan novel ini agak 18SX sikik tetapi masih
dikawal oleh Acik Lana dan saya rasa buku ini agak tidak sesuai di baca oleh
golongan remaja...dah dewasa bolehlah...dengan kata lain AL agak lebih terbuka
dalam menggarap beberapa adegan tertentu dalam buku ini. Ceritanya memang tak
meleret-leret dan membosankan, jadi memang cepat jugak saya habiskan buku ni.
Rating : **** (bolehlah simpan sebagai koleksi saya)
No comments:
Post a Comment