Penulis : Siti Rosmizah
Penerbit : SR Publication
M/S : 1057
Sinopsis Belakang Buku :
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih
dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya.
Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk
belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.
Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak
emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya.
Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai
penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang
lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.
Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan
dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu
menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya
dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.
Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas
agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan
demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang
dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?
“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul
muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku
saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas
kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu
tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku
rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan
kebencian yang begitu tepu di hati."
Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya
mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah
kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu
menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap
di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.
Ulasan Buku
Siti Rosmizah (SR) memang terkenal dengan cerita yang akan membuatkan orang menangis. Buku ini samalah jugak, asyik menangis, sayu dan meratap jer...Dian memang teruk diperlakukan oleh Zarif dan keluarganya sehinggalah berlaku satu tragedi yang menyedarkan Zarif. Walaupun beribu penyesalan dan kemaafan yang keluar dari mulut Zarif, Dian tidak akan dapat melupakan apa yang telah mereka lakukan terhadapnya. Kalau ikutkan penderitaan yang dialami oleh Dian, saya kadang2 terfikir jugak, ada ke orang macam nih kat atas dunia nih... kalau adalah memang teruklah
Kalau ikutkan banyak pengulangan cerita dari semasa Dian menderita sehinggalah Zarif menyesal perbuatannya. Dian selalu mengungkit apa yang telah Zarif dan keluarga Zarif lakukan kepadanya. Tak hairanlah buku ni tebal. Tapi yang peliknya saya tak terasa boring pulak. Mungkin gaya bahasa yang bersahaja dan berlainan yang mendorong saya habiskan seribu muka surat. Bagi saya, jalan cerita yang "touching" mendorong saya menghabiskan buku ini. Tahniah buat Siti Rosmizah. Setakat ini, semua bukunya memang memuaskan hati saya. Saya akan terus membeli bukunya.
Rating : **** (best sangat)
Kalau ikutkan banyak pengulangan cerita dari semasa Dian menderita sehinggalah Zarif menyesal perbuatannya. Dian selalu mengungkit apa yang telah Zarif dan keluarga Zarif lakukan kepadanya. Tak hairanlah buku ni tebal. Tapi yang peliknya saya tak terasa boring pulak. Mungkin gaya bahasa yang bersahaja dan berlainan yang mendorong saya habiskan seribu muka surat. Bagi saya, jalan cerita yang "touching" mendorong saya menghabiskan buku ini. Tahniah buat Siti Rosmizah. Setakat ini, semua bukunya memang memuaskan hati saya. Saya akan terus membeli bukunya.
Rating : **** (best sangat)
No comments:
Post a Comment