Sunday, January 19, 2014

Jodoh itu Milik Kita (Sara Aisha)


Tajuk : Jodoh itu Milik Kita
Penulis : Sara Aisha
Penerbit : Karya Seni
M/S : 766









Sinopsis Belakang Buku:
“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”

SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia

“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial

“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?

Ulasan:
Saya beli buku ni kerana saya menonton cerita ini yang diadaptasi dari buku ini. Kerana lama saya nak tunggu kesudahan cerita ini, saya pun beli jelah...cepat sikik tahu ending cerita. Tapi saya tetap membaca buku ini dari awal. Kalau nak dibandingkan dengan cerita di TV memang kena ubahlah sikik agar bersesuaian dengan konsep cerita2 melayu sekarang.

Ini buku pertama tulisan Sara Aisha yang saya baca dan memang tidak mengecewakan ditambah lagi saya boleh bayangkan pelakonnya terus. Pemilihan Farid Kamil sebagai Aariz dan Tiz Zaqyah sebagai Dahlia memang sangat2 sesuai, lagilah mereka memang pelakon yang memang mampu menghayati watak masing-masing. Garapan dan gaya bahasa penulis memang tidak membosankan, tak mengantuk dan 'very touching'.

Yang paling penting, rahsia kenapa Syafiq membenci Aariz, abang angkatnya memang memberi tandatanya dari awal cerita. Penulis memang pandai menyembunyikan rahsia sehingga ke penghujung cerita. Bagaimana Aariz menjadi anak angkat kepada keluarga itu memang diterangkan dengan ringkas dan tersusun. Perjalanan cerita teratur dan tidak membosankan. Tak kurang penting juga 'starting' ceritanya yang best.

Rating : ***** (sangat memuaskan)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails