Tajuk Buku : Cinta Sambal Belacan
Penulis : Junie Octovian
Penerbit : Buku Prima
545 mukasurat
Sinopsis Belakang Buku:
Pelbagai taktik yang dilakukan Tengku Azri untuk membuli Lily Athira yang telah diambil Puan Adila menjadi anak angkat apabila ibunya, Mak Esah meninggal dunia akibat darah tinggi. Bagi menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu, Tengku Azri sanggup merujuk majalah resipi dan meminta gadis itu memasak menu pilihannya termasuklah membuat pelbagai jenis sambal belacan walaupun dia sendiri tidak pandai memakannya. Puan Adila yang sudah jatuh hati dengan gadis lepasan SPM itu berkeras mahukan gadis itu sebagai menantu. Tengku Azri yang memang tidak pernah melawan cakap mamanya menerima sahaja walaupun di sebalik itu ada perjanjian. Namun akhirnya perjanjian yang dibuat itu memakan diri. Dapatkah Tengku Azri memikatnya kembali?
“Tok umi tu dari dulu dah sibuk nak jodohkan Lily dengan pak su, tapi mama tak layan kehendaknya sebab mama nak Lily jadi isteri Ayie. Tapi kalau Ayie rasa dia tak sesuai dengan selera Ayie, mama tak boleh nak paksa. Kalau Ayie pilih Azzah tu, eloklah lepas kahwin nanti Ayie tinggal dengan keluarga dia.” - Puan Adila
Nampaknya gadis itu sudah pun melepasi tahap bulinya. Apa yang diarah semua dia tahu membuatnya. Apa lagi hendak dilakukan untuk menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu? - Tengku Azri
Sepanjang dia mengurus anak bujang Puan Adila, Tengku Azri diperhati hanya suka membulinya dengan kerja-kerja rumah. Kalau dibulinya aku setelah berkahwin nanti macam mana? - Lily Athira
Ulasan :
Ini buku pertama tulisan Junie Octovian yang saya baca. Jalan cerita agak simple dan bersahaja. Plot cerita agak berlainan sedikit. Agak mengejutkan jugak apabila Tengku Azri melepaskan Lily kerana sebuah janji yang Lily sendiri tidak menuntutnya setelah melahirkan anak mereka. Semangat Lily yang ditunjukkan di dalam buku agak bersahaja. Part2 touching kurang sikik dan ending memang boleh agaklah cuma sebab ceritanya agak laju, jadi takdelah nak boring.
Gaya bahasa Junie kiranya oklah...saya tak pasti ini buku pertama atau tidak, tapi untuk saya yang pertama kali membaca buku tulisan penulis baru, bagi saya yang penting bila baca starting tak membosankan dan mengantuk ...
Cuma satu je yang kurang (bagi sayalah) nama-nama watak yang digunakan agak mengelirukan saya. Saya beberapa kali perlu rujuk kembali kerana tidak ingat nama watak-watak dan hubungan antara watak-watak tersebut yang seakan-akan sama dan yang hanya diterangkan dalam bentuk pernyataan sahaja. Penceritaan lebih kepada penyataan berbanding dengan dialog-dialog dari watak-watak utama dan sampingan.
Rating : *** (bolehlah)
No comments:
Post a Comment