Tajuk Buku : Mikhail
Penulis : Ramlee Awang Mursyid
M/S :
Gendre : Aksi
Sinopsis belakang buku :
MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.
Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.
UIasan:
Dalam banyak-banyak buku Ramlee Awang Murshid, saya paling minat buku ini sebab memang jalan cerita tak ada langsung yang boring...aksi memang dibayangkan dengan teliti dan tepat oleh RAM. Banyak lagi buku RAM yang saya tak baca dan RAM memang tak pernah mengecewakan peminatnya. Hasil tulisan beliau tidak stereotype langsung dan watak dan jalan cerita yang diketengahkan memang berkesan kepada pembaca. Walaupun saya sibuk dengan kerja-kerja rumah dan kerja pejabat, namun saya dapat habiskan buku ini dalam masa 24 jam.
Watak Mikhail yang pada awalnya seolah-olah nama watak utama rupa2nya adalah nama gelaran untuk sebuah kumpulan pembunuh bersiri dan menggunakan note USD1 sebagai 'killer signature'. Seorang Mikhail yang mengejar telah dikejar oleh Mikhail yang lain. Pelbagai aksi yang mengejutkan berlaku sepanjang cerita menjadikan cerita ini "happening". Selain itu, ada juga diselitkan kisah cinta yang sangat ringkas tapi memberi kesan kepada sesiapa yang membacanya. Dengan pembunuhan-pembunuhan yang berlaku, pelbagai konspirasi yang timbul sehinggalah menuju kepada punca utama wujudnya MIKHAIL ini. Selain itu, penyakit paranormal yang berlaku ke atas Mikhail jugaklah yang membantu Mikhail mencari identiti sebenarnya.
Sesiapa yang belum membaca buku ini, baik pergi beli dan buat koleksi. Saya pinjam buku ini dari perpustakaan, tp saya akan beli jugak buku ini sbb berbaloi sangat kalau nak buat koleksi dan menambah koleksi buku2 RAM saya.
Rating : ***** (sangat berbaloi dijadikan koleksi)
No comments:
Post a Comment