Tajuk Buku : Mawar
Penulis : Nass Alina Noah
Terbitan : Utusan Publication
Bil m/s : 360
Sinopsis belakang buku:
Mawar dilanda dilema. Sikap Ibu dan kakak tiri sering menyusahkannya. Dalam pada itu, terpaksa pula Mawar menerima perkahwinan yang telah dirancang oleh arwah Abahnya dan Datin Maznah. Dia tidak dapat menerima status sebagai isteri kerana usianya yang masih muda.
Dia punya cita-cita yang tinggi menggunung dan baginya status sebagai seorang isteri akan menjadi tembok penghalang untuk mengejar cita-cita. Lantaran itu, perkahwinan Mawar dan Johari hanya pada nama.
Johari yang taat pada permintaan ibunya. Dia berazam untuk mencintai isterinya dan memberi peluang kepada mawar mengejar cita-citanya. Namun dapatkah Johari menawan hati Mawar dan mematuhi pelbagai syarat yang dikenakan oleh Mawar?
Ulasan:
Dah lama tak baca kisah remaja...susah jugak nak tune balik kepala nih dengan cerita2 budak nih...
cerita nih bagi saya ok jer, sbb santai je bacaannya. Kelakarpun ada jugak sikit-sikit. Saya selalu jugak baca buku-buku Nass Alina Noah (NAN) nih, beliau memang agak cenderung dalam buku-buku remaja. Buku dewasa tak banyak sangatlah.
Slot cerita agak simple dan boleh agak apa yang akan berlaku. Susur galur cerita agar lancar dan tak berbelit2. Keseluruhan cerita memang telah diceritakan di dalam sinopsis di belakang buku ini.
Di akhir cerita, Mawar telah diaibkan oleh Michelle yang cemburu dengan status Mawar di sisi Johari. Johari pula berada dalam keadaan koma selepas terlibat dalam satu kemalangan pada malam peristiwa yang mengaibkan itu. Kesudahan cerita ini agak tergantung tetapi seperti biasalah NAN memang suka tulis cerita yang kesudahan sama ada sad ending ataupun tergantung macam ni. Tapi bagi saya, selepas Johari kemalangan, Mawar mungkin akan meninggalkan suami kerana Mawar merasakan Johari layak memiliki wanita yang lebih baik daripadanya.
Rating: *** (biasa sahaja)
Novel mawar ney ta ada kesinambungan ke..?
ReplyDeleterasanya ada citer lain yg lebih kurang je plotnya tp tak ingat...
ReplyDeletesalam novel Mawar nie ade ag x? nk order boleh x?
ReplyDeletesaya tak ada...ini pun pinjam je...
ReplyDeletesalam.....saya ada menjual novel2 terpakai...termasuk novel Mawar...https://www.facebook.com/yada.biz.....jemputlah singgah ke fb sy.....
ReplyDeletenovel ne sy baca sjk thn 2009..nk tau jg kalau novel ne ada ksinambungan.
ReplyDelete