Tajuk : Antara Dua Hati
Terbitan : Creative Enterprise Sdn Bhd
m/s : 514
Harga : RM23.90
Sinopsis :
Siapa sangka kesilapan silam membuahkan satu petaka. Basyira tidak pernah menduga, tiada pernah bermimpi dan tidak pernah mengharap Harith Rafeeq kembali di tengah-tengah kemelut yang membelit diri yang ditinggalkan suami.
Kehadirannya bukan mengubati luka Basyira tetapi dia datang untuk menghancurkan segalanya. Tiada sekelumit kasih yang tertinggal, semuanya tenggelam dalam gelora perasaan marah, dendam dan kebencian
Rating : ***** (berbaloi dijadikan koleksi)
Ulasan : Cerita banyak berkisar mengenai Basyira seorang janda anak satu. Pembaca yang kurang meminati watak utama yang berumur mungkin tidak menggemari buku ini. Bagi saya ia sangat menarik dan satu kupasan yang menarik dan berlainan dari novel lain yang selalunya meletakkan watak utama yang lebih muda. Diselit juga dengan plot-plot yang suspen membuatkan saya banyak berteka-teki siapakah dalang di sebalik pelbagai peristiwa yang berlaku di dalam cerita ini. Saya memang tak boleh mengangak apa yang ingin diceritakan oleh penulis diawal penceritaannya dan saya amat meminati novel yang sebegini.
No comments:
Post a Comment