Sunday, July 20, 2014

Rindu Awak 200% (Liyana Zahim)

Tajuk Buku : Rindu Awak 200%
Penulis : Liyana Zahim
Penerbit : Alaf 21 (Karangkraf)
597 m/s
Sinopsis Belakang Buku
:
Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!



Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?

Ulasan:
Ini adalah buku pertama tulisan Liyana Zahim yang saya baca. Kalau ikutkan ini baru cetakan pertama pada tahun 2013. Perjalanan cerita memang simple dan tak meleret, cuma tak ada surpriselah sbb memang kita boleh agak yang mereka berdua akan baik akhirnya. Tentang kerja yang dilakukan oleh Zill pula, saya memang dah boleh agak dari awal lagi.  Jalan cerita memang tak boring dan digarap dengan baik oleh penulis. Part yang paling best dan agak touching bila Armel (watak utama) menyesal dan sedar akan kesalahannya setelah 'sesuatu' hampir berlaku atas dirinya. Part sedih memang keluar air mata jugaklah... bila mereka berdua nak berbaik semula pun best. Lepas mereka baik pulak, kesetiaan Zill diduga sekali lagi apabila rakan sekerja Zill menagih kasih sehingga sanggup mereka-reka cerita agar Armel menaruh syak wasangka kepada suami. 

Kesimpulannya, bacaan santai, tak boring dan kesudahan yang menggembirakan.

Buku ini telah diadaptasikan kepada telemovie. Boleh tengok online di sini: http://www.dailymotion.com/video/x21k0kw_rindu-awak-200-episod-1-15-07-2014_tv . Tapi dalam tv ni, awal2 dah tunjukkan apa pekerjaan Zill Faezrul. So memang tak surpriselah.

Rating : **** (best)

Tuesday, June 3, 2014

Kasih Benar Kasih (Aleya Aneesa)

Tajuk : Kasih Benar Kasih
Penulis : Aleya Aneesa
Penerbit : Alaf 21
M/S : 496

Sinopsis Belakang Buku:
MEREKA tak saling kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Hanya berkenalan, jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, masing-masing mencuba dengan alasan,

‘Dia kosong, aku pun kosong.’

Pertama kali bersua muka, si dara terasa jengkel, sedangkan si bujang hanya bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Hanya antara mereka berdua, masing-masing tak pernah mengatakan ‘tidak’ sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju.

Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata ‘tidak’ bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata.

Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.

Ulasan:
Ini merupakan buku pertama nukilan Aleya Aneesa yang saya beli dan baca. Kalau ikutkan buku ini sudah cetakan ke-6 semenjak ia mula diterbitkan pada tahun 2011. Kiranya ramai jugak yang minat dan beli buku ini.

Ceritanya agak simple.. ada beberapa part yang seakan-akan bosan sikik. Perasaan sebenar kedua-dua watak utama agak sukar untuk saya hayati...dah sampai certain part baru ada feeling sikik. Keseluruhan cerita memang telah diceritakan dibelakang buku, cuma endingnya saya tak boleh agak sebab dari awalnya, apa yang telah berlaku rupa-rupanya telah dirancang oleh seseorang. Kiranya mengejut sikiklah. So kalau nak tahu, bolehlah beli dan baca buku ini.

Secara keseluruhannya, cerita simple dan agak sama dengan buku-buku lain, tapi saya dapat habiskan buku ini dengan cepat.


Rating : *** (bolehlah..takdelah boring)

Sunday, April 13, 2014

The Wedding Breaker (Evelyn Rose)

Tajuk Buku : The Wedding Breaker
Penulis : Evelyn Rose
Penerbit : Karya Seni
m/s : 642

Sinopsis Belakang Buku:
“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?


“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

Ulasan:
Buku cerita ni saya beli sebab saya tengok drama bersiri yang diadaptasikan dari buku ni. Tapi version tv tajuk ceritanya Ariana Rose. Disebabkan plot ceritanya best, so nak cepat punya pasal saya beli jelah. Cerita buku hampir saya dalam drama tv dan kedua-dua version memang best. Mungkin lakonan berkesan dari semua watak yang terlibat. Namun dalam buku lebih banyak menyelitkan hadith, terjemahan Al-quran dan hukum- hukum agama. Kiranya baca buku lebih rasa penghayatan Islamlah. 

Bermula dengan lakonan Ariana Rose yang mengandungkan anak Adam, telah memerangkap Ariana kedalam genggaman Datuk Adam. Ariana yang banyak menguruskan projek-projek kebajikan telah menyebabkan beberapa pertemuan dengan Datuk Adam. Setelah mengenali Ariana, Adam telah mula merasai sesuatu namun dia telah terlambat kerana Ariana telah bertunang dengan pilihan keluarganya. Puas Adam merayu agar bersama dengannya namun Ariana tetap dengan pilihan keluarganya. Dalam masa yang sama juga, Adam juga telah ditunangkan dengan pilihan keluarganya cuma dia tidak ingin ambil tahu siapa tunangannya. Dia berserah sahaja kepada nasib dan kerana tidak mahu ingkar kepada orang tua. 

Adakah mereka ditakdirkan bersama? Sebenarnya saya memang dah boleh agak apa ending ceritanya...yelah mesti happy endingkan? Tapi bagaimana penulis mengolah endingnya memang menarik.

Rating : ***** (memang best)


Related Posts with Thumbnails