Sunday, November 18, 2012

7 Hari Mencintaiku - Siti Rosmizah

Tajuk : 7 Hari Mencintaiku
Penulis : Siti Rosmizah
Penerbit : SR Publication
1049 m/s

Sinopsis Belakang Buku:
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. 


"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang dilemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka?
Khuzairi mengangguk perlahan.


"Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi amanah aku harus menelannya, demi amanah aku harus terus bersabar..."

Lupakah Mia Adriana, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi belum terpadam lagi buat dirinya.

Ulasan:
Novel ke-4 Siti Rosmizah (SR) ini telah membuktikan bahasa SR memang cukup berpengalaman membuatkan orang menangis. Walaupun saya membacanya berulangkali, adegan2 sedih dan memilukan dapat dirasakan. Gaya bahasanya yang bersahaja membuatkan saya tak terasa yang saya telah menghabiskan 1049 mukasurat. Dari awal cerita hingga ke akhir cerita memang touching dan seolah-olah kita berada di dalam cerita itu sendiri.

Bermula dari pengenalan Khuzairi dan Mia Adriana, Khuzairi telah jatuh hati kepada Mia walaupun Mia cukup membencinya gara-gara sekeping surat. Namun begitu, jodoh dan pertemuan adalah ketentuanNya. Khuzairi diamanahkan bapa Mia untuk menjaganya dan seterusnya menjadi isterinya gara-gara ingin menutup malu keluarga Mia. Walaupun Mia menolak suaminya, namun dengan kesabaran Khuzairi akhirnya Mia terbuka hati untuk menerimanya. Namun sikap Mia yang sombong masih tidak berubah sehinggalah sesuatu yang menyayat hati telah berlaku sehingga kehilangan seorang salah seorang yang amat dibenci oleh Mia... namun ketika itu hati Khuzairi telah jauh terluka. Apakah Khuzairi masih memberi peluang kepada isterinya

Bagaimana pula dengan penerimaan insan-insan lain yang pernah diherdik, ditengking dan sindir oleh Mia selama ini? Bagaimana pula dengan hubungan mak Mia dengan keluarga Khuzairi? Bagaimana cara dan sikap Khuzairi terhadap Mia sebelum dan selepas dilukai? Semuanya akan terjawab dalam 1049 itu

Ending cerita amat menarik sekali. Surpriselah katakan...Tak rugilah kalau nak beli dan dibuatkan koleksi. Lepas ni insyaallah saya akan beli buku kelima SR iaitu Takdir itu Milik Aku. Buku ini pun 1000 mukasurat jugak...harap2 sehebat 7 hari mencintaiku....tunggu... 


 Rating : ***** (sangat berbaloi dijadikan koleksi)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails