Thursday, October 20, 2011

Mencari Jalan Ke Syurga - Hasliza Ismail

Tajuk : Mencari Jalan Ke Syurga
Penulis : Hasliza Ismail
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
m/s : 536


Sinopsis Belakang Buku: 

Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza.

Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.


Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka.  Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.

Ulasan:
Ini merupakan buku pertama tulisan Hasliza Ismail (HI) yang saya baca. HI tidak mengecewakan saya kerana jalan ceritanya disusun rapi dan penuh dengan teka-teki. Pada awal cerita saya seperti boleh mengagak apa yang ingin diceritakan dan apa rahsia disebalik kemalangan yang berlaku yang menyebabkan Khirana hilang hampir kesemua ingatan masa lampaunya. Imbasan peristiwa 2 tahun dahulu disusun rapi dengan diselangi dengan cerita semasa. Watak Khirana agak menarik dan perasaan yang wujud di antara Khirana dan Shahrul Azwan hanya dikupas bersahaja oleh penulis. Penulis banyak memberi tumpuan kepada peristiwa hitam yang dilakukan oleh Khirana kepada keluarga Shahrul.

Shahrul yang pada mulanya mempunyai agenda untuk membalas dendam, tidak mampu menolak perasaan yang mula berputik kerana kebaikan dan keinsafan Khirana. Khirana berdepan dengan pelbagai dugaan bermula dengan kehilangan seorang kawan yang amat dikasihi sehinggalah dia hampir mati buat kali keduanya kerana dendam seorang isteri yang mengalami tekanan jiwa. Di saat Shahrul cuba mengecapi kebahagiaan bersama Khirana dan di saat Khirana mula mengingati semula sejarah silamnya, Khirana ditikam kerana dendam seorang isteri. Namun jodoh Khirana dan Shahrul masih utuh. Mereka akhirnya mengecapi bahagia di perantauan kerana Shahrul terpaksa melepaskan segala miliknya di Malaysia untuk menyelamatkan satu-satunya adik lelakinya.

Apakah yang telah dilakukan oleh adiknya dan apakah sejarah hitam yang telah Khirana lakukan sehingga nyawa mesti dibalas dengan nyawa? Siapakan yang membunuh kawan baik Khirana? dan siapa pula yang cuba membunuh Khirana untuk kali kedua? Untuk mengetahuinya, bolehlah beli buku ni. Saya amat berpuashati dengan tulisan HI ini dan akan terus membaca karya beliau.

Rating : ***** (sangat berbaloi dijadikan koleksi)

10 comments:

  1. Anonymous27 June, 2012

    memang best novel ni tapi tak ada stok pulak kat kakinovel

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak cuba cari kat Minerva KL...kat situ less 20% semua jenis novel...

      Delete
  2. Best cite ni...sy da byk kali ulang baca

    ReplyDelete
  3. Anonymous13 June, 2013

    nak baca novel ni,,tp x jumpe lg,nak sgt2 :(

    ReplyDelete
  4. novel ni ada jual on9 tak? Dah cari kat kedai2 yang trdekat tapi tak jumpa pun :(

    ReplyDelete
  5. Novel ni ada jual on9 tak?

    ReplyDelete
  6. http://www.kakinovel.com/
    beli online kat link ni. Saya pun beli kat sini.
    Ada diskaun. Daftar dulu baru beli.

    ReplyDelete
  7. Anonymous25 June, 2013

    Susah la nak cari novel ni . Boleh x suggest kt mane lg nak cari novel ni ?

    ReplyDelete
  8. selalunya kat minerva KL (jalan TAR) ada banyak stok. Nak lagi senang order online kat kakinovel jer... http://www.kakinovel.com

    ReplyDelete
  9. x de la..pyh nk cari buku nie..huhu..sapa nk jual sya nak...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails