Tajuk Buku : Hatiku di Harajuku
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf21
582 m/s
Tarikh tamat baca : 27/3/2011
Harga : RM19.90
Sinopsis di belakang buku :
Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenaya adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.
Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe.
Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?
Ulasan:
RAM memang tidak pernah mengecewakan pembacanya. Kesemua buku beliau tidak pernah sama atau seakan-akan ceritanya. Cerita dan jalan cerita memang berlainan antara buku-bukunya. Kali ini beliau menjadikan negara Jepun sebagai lokasi utama cerita.
Ryu-Watanabe pulang semula ke Jepun kerana pembunuhan yang berlaku di sana. Beliau ingin menyiasat kerana dia percaya Noriko masih hidup berdasarkan pembunuhan dan tanda-tanda yang ditinggalkan. Tetapi beliau tidak mengetahui bahawa kumpulan Yakuza Jiro mengesyaki Ryu-Watanabe yang melakukan semua pembunuhan itu. Namun perginya bukan seorang kerana Sabrina yang berminat terhadap mitos Ryu-Watanabe dan Noriko membuatkan beliau mengambil keputusan ke Jepun bersama Murni sepupunya. Lebih-lebih lagi Sabrina juga ingin memastikan bahawa adakah pekerjanya Risham adalah Ryu-Watanabe sebenarnya kerana Risham yang pernah menyelamatkannya dari malapetaka.
Ryu-Watanabe menjadi sasaran Yakuza Jiro dan Sabrina dijadikan umpan untuk sampai kepada Ryu-Watanabe. Namun kerana cemburu Noriko, Sabrina hampir kehilangan nyawa dihujung pedang Tou Aii milik Noriko. Noriko akhirnya mengalah dan ingin meneruskan niatnya untuk menghancurkan keseluruhan Yakuza Jiro. Selepas cuba membunuh ketua Yakuza Jiro, Saito Noriko telah membunuh diri kampungnya. Ryu-Watanabe tidak sempat menyekat niat Noriko daripada terus membunuh seterusnya membunuh dirinya sendiri selepas hajatnya tercapai.
Akhirnya Ryu-Watanabe pulang semula ke Malaysia berbekalkan wang yang dikumpulkan hasil dari bekerja di kilang pemprosesan ikan. Kepulangannya telah merungkaikan siapa ayahnya yang sebenarnya dan juga mempunyai adik beradik sebapa. Namun berlaku pelbagai siri pembunuh sehingga Ryu-Watanabe percaya mungkin dia sendiri yang melakukan pembunuhan itu tanpa disedari sehinggakan Sabrina hilang kepercayaan terhadap Ryu-Watanabe. Tetapi rupa-rupanya ada insan lain yang merancang segala-galanya. Namun akhirnya tumpas di tangan Ryu-Watanabe. Selepas itu Ryu-Watanabe terus menghilang dan hidup bahagia di 'Strawberry Harajuku'.
Siapakah yang merancang semua pembunuhan di Malaysia dan siapakah yang hidup bahagia bersama Ryu-Watanabe? Dapatkan buku ini untuk mengetahui endingnya. Bagi saya 'Ending'nya agak mengejutkan tetapi saya amat berpuashati. RAM selalu memberikan ending yang menarik tetapi simple...
Rating : ***** (berbaloi dijadikan koleksi)
No comments:
Post a Comment