Tajuk Buku : Tunggu Teduh Dulu
Penulis : Faisal Tehrani
Terbitan : Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
m/s : 678
Ulasan:
Buku ini memaparkan kekuatan wanita melalui watak Salsabila Fahim. Beliau menempuhi pelbagai rintangan dalam pelbagai perkara dan keadaan. Diuji dengan perebutan kasih antara 2 sahabat, Salsabila merujuk kepada Yang Maha Esa untuk membuat pilihan namun tiada petunjuk menunjukkan antara kedua-duanya. Akhirnya jawapan ditemui di Tanah Suci. Menerima seseorang yang anggap adik tidak disangka sama sekali dan ia berlaku secara mendadak...tetapi inilah yang dikatakan jodoh.
Penulis mengupas bahawasanya, walaubagaimana kita merancang, dan jika kita merujuk kepadaNya, pasti ada jawapan daripadaNya. Pilihan Salsabila adalah tepat, lelaki yang berpangkat adik telah menjadi kekuatan dalam menempuhi pahit getir dalam melaksanakan impian arwah ayahnya. Bermula dengan rintangan dan masalah menguruskan ladang betik sehingga terjadinya detik hitam dalam hidupnya yang hampir meragut maruahnya...masalah adik sebapanya yang tidak sudah-sudah memberi masalah kepadanya, sehinggalah jatuhnya ladang betik ke tangan pemaju...semua ini memberi impak dan ketegangan dalam hidup Salsabila...
Namun, Salsabila membukti kekuatan wanita dan ketaatan kepada Yang Esa telah menjadikannya seorang wanita yang tidak mengenal putus asa. Ditemani dengan sahabat baik yang juga tidak putus-putus memberikan perangsang dan doa-doa yang tidak pernah lekang di bibirnya, Salsabila bangun semula dan akhirnya beliau berjaya menjadikan rangkaian Teduh Dulu disegani bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara lain.
Ada beberapa masalah yang tidak diselesaikan oleh penulis di dalam buku ini. Mungkin agak tidak penting bagi penulis. Namun buku ini boleh memberi kesan kepada pembaca. Kekuatan wanita Islam dan ketaatan kepada yang Satu ditonjolkan dalam cerita ini. Di selitkan hadis dan pengajaran banyak akan memberi ilmu kepada pembaca.
Rating : ***** (berbaloi dijadikan koleksi)
No comments:
Post a Comment