Sunday, July 1, 2012

Kala Cinta dan Wahyu Bersatu (A. Ubaidillah Alias)

Tajuk : Kala Cinta dan Wahyu Bersatu
Penulis : A. Ubaidillah Alias
Penerbit : PTS
m/s : 472

Sinopsis Belakang Buku:

Mesir, bukan noktah akhir pertemuan Amir dan Balqis. Amir Mukhlis pulang ke Malaysia bertarung antara hidup dan mati sedangkan Balqis menyangka lelaki itu sudah pergi menemui ilahi.

Jalan hidup Balqis diwarnai dengan kehadiran Izzuddin yang kembali mengharapkan cinta. Amir Mukhlis bertemu Tasnim yang teguh membawa legasi cinta Wardah. Manakala Amelia terus mendambakan kasih Amir Mukhlis.


Balqis, mungkinkah cintanya yang terkunci dalam makhfi akan terbuka? Amelia, bisakah rindunya yang mendudu itu berlagu? Tasnim, mampukah dia memerdekakan cinta Wardah? Nun di sana, Amir Mukhlis bergelut menyatukan cinta dan wahyu agar menjelma jawapan untuk segalanya."


Ulasan:
Ini buku kedua dari dwilogi Warkah Cinta Berbau Syurga. Ini bermakna watak utama Amir Mukhlis mestilah masih hidup? Samalah juga dengan saya, apabila saya beli buku kedua ini, secara automatik dah tahu apa keputusan pembedahan Amir. 

Sambungan buku ini menceritakan bagaimana Amir ingin mempertahankan prinsip dengan ujian dari 3 wanita yang mengejar cintanya. Emilia sepupunya, Tasnim kawan baik Wardah dan  Balqis yang pernah dikenalinya ketika di Mesir. Banyak ilmu dan pengetahuan diberikan oleh penulis dalam buku ini. Antaranya bagaimana penulis boleh menyampaikan dakwah melalui penulisannya. Perdebatan juga banyak berlaku dalam menyuarakan pendapatnya yang bertentangan dengan orang lain. 

Amir tetap dengan pilihannya untuk mengahwini wanita yang ingin menjadi suri rumah dan sanggup tinggal serumah dengan mak mertua. Pelbagai dugaan ditempohi untuk memiliki surinya, akhirnya mereka dipertemukan di tempat mereka pernah bertemu ketika belajar dahulu.

Siapakah pilihan Amir Mukhlis? - buku Warkah Cinta Berbau Syurga telah menjawab soalan ini.
Siapakah pula pilihan Ibu Bapa Amir? Berjayakah Balqis mempertemukan abang Ngah nya dengan calon kakak iparnya? Apa telah terjadi dengan wanita-wanita yang tidak menjadi pilihan hati Amir? NAK TAHU JAWAPANNYAM BOLEHLAH BELI DWILOGI NOVEL INI. Memang berbaloi membeli dan membacanya. A. Ubaidillah tidak pernah menghampakan saya dengan tulisannya. Menarik, berilmu, padat dan ringkas. Terima kasih.

Rating : ***** (kena baca)

6 comments:

  1. salam tuan blog..sy mohon copy sinopsis ye
    ta/kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. Syukran Jazilan ye kak sbb sudi post entry sinopsis nie.. Saye harap semoga urusan Akak dipermudahkan oleh Allah.. InsyaAllah!! :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Syukran Jazilan ye kak sbb sudi post entry sinopsis novel Kala Cinta & Wahyu Bersatu nie.. Saye harap semoga urusan akak dipermudahkan oleh Allah.. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  4. salam...kat mane sye bley dpatkan novel 'WARKAH CINTA BERBAU SYURGA' dan novel 'KALA CINTA DAN WAHYU BERSATU" nie???? tolong pm pd sye.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berminat membeli online, ini linknya : http://pts.com.my/penulis/a_ubaidillah_alias/ atau boleh jugak tengok senarai link yang saya sediakan pada main menu "LINKS/BELI ONLINE" (diatas)
      Selalunya kedai buku Popular dan MPH ada buku-buku ini, tapi saya selalu beli buku di Minerva KL (jalan TAR) sebab kat sana less 20%

      Delete

Related Posts with Thumbnails