Tajuk buku : Pei Pan
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
443 m/s
Tamat baca : 04/04/2011
Pemenang Hadiah Sako
Sinopsis Belakang Buku :
KHIANAT. Bukan kerja orang jauh. Bukan niat busuk orang asing. Jauh sekali aniaya musuh. Kerja jiwa yang ditunggang nafsu, dipacu iri berasa dikalahi. Melalui perjalanan masa yang panjan, tenang, terselindung baik, tanpa kocak dan prasangka, baru khianat menampakkan wajah yang sebenar.
Pei Pan cerita tentang kepercayaan, perjuangan, persaingan.
Pei Pan cerita tentang perselingkuhan, pembunuhan, perkomplotan
Pei Pan kisah dunia korporat, penuh warna kehidupan sebu oleh debar meruntun.
Ulasan:
Setelah menukarkan pengakuan dimahkamah, Dato' Karim telah dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun atas tuduhan membunuh Isteri keduanya. Hubungan Dato' Karim dengan dunia luar hanya dihubungkan dengan peguam yang juga kawan rapatnya dari kecil lagi. Pelbagai berita yang diterima termasuklah kejatuhan syarikatnya dan pekerja yang dipercayainya telah melesapkan sebahagian daripada wang syarikat telah membuatkan Dato' Karim ingin membunuh diri namun nyawanya masih panjang. Kehadiran Hasan yang membawa Karim ke jalan yang lurus telah mengubah keseluruhan perwatakan dan sifat Karim.
Selepas kerana 10 tahun Karim dibebaskan lebih awal kerana kelakuannya selama berada di dalam penjara. Kepulangannya ke rumah mak mertuanya disambut dingin oleh anak sulungnya yang selalu dicemuh dimata kawan-kawan kerana status anak banduannya. Namun setelah disedarkan oleh Neneknya, Mustafa akhirnya memohon maaf atas kesalahannya. Karim akhirnya bertekad ingin membina semula KM Holding Berhad dengan bantuan Mustafa dan 2 anak perempuannya. Berbekalkan tanah kelapa sawit yang masih menjadi miliknya dan duit 20 juta yang diselamatkan oleh pembantunya. Karim berjaya membina kilang pemprosesan minyak kelapa sawit dengan nama yang berlainan.
Rahsia 10 tahun dahulu juga telah terungkai dengan penemuan sebuah video tape yang selama ini disimpan di dalam peti simpanan disalah sebuah bank. Identiti sebenar Abang Besar yang merupakan dalang atau mastermind sehingga Karim dituduh membunuh juga terbongkar namun Karim tidak mahu mengambil sebarang tindakan kerana Abang Besar juga telah banyak berjasa kepadanya. Namun selepas kematian Mustafa yang hampir berkahwin dengan Mira anak Pak Karim pembantu rumahnya telah membawa kepada penangkapan Abang Besar.
Siapakah Abang Besar? Dari awal cerita saya dah boleh agak siapa sebenarnya Mastermind dalam cerita ini. Mungkin pembaca lainpun boleh agak siapakah orangnya. Buku ini banyak menunjukkan betapa manusia sanggup melakukan apa sahaja semata-mata kerana harta dan kedudukan. Pembunuhan seperti satu permainan dalam mencapai apa yang kehendaki. Namun ada juga insan yang jujur dan amanah yang mampu mematahkan setiap kejahatan walaupun mengambil masa yang lama. Walaupun kejahatan tidak dibalas dengan kejahatan namun ada Pencipta yang akan membalasnya kelak. Tiada siapa dapat lari dari balasanNya. Jika tidak didunia, diakhirat nanti.
Rating : ***** (berbaloi dijadikan koleksi)
tak nak let go kan buku pei pan ni ke..lame nye terigin nak baca..smpai sekarang tak jumpa-jumpa lagi..^^..anyway, thanks for the synopsis..
ReplyDeletekita pun dok cari buku nii :'(
ReplyDeletebuku ni saya pinjam kat perpustakaan kementerian pelajaran masa kerja saya kat sana dulu...ingat nak beli jugak buku kalau jumpa kat mana2, tapi sampai skrg saya tak jumpa2 buku nih...
ReplyDeleteKnpa tak terbitkan semula krya2 lma ramlee, mesti kmi sapu bersihnya buat koleksi, sejak baca novel2 ramlee, sya dah tak beli novel lain,
ReplyDelete