Sunday, July 1, 2012

Kala Cinta dan Wahyu Bersatu (A. Ubaidillah Alias)

Tajuk : Kala Cinta dan Wahyu Bersatu
Penulis : A. Ubaidillah Alias
Penerbit : PTS
m/s : 472

Sinopsis Belakang Buku:

Mesir, bukan noktah akhir pertemuan Amir dan Balqis. Amir Mukhlis pulang ke Malaysia bertarung antara hidup dan mati sedangkan Balqis menyangka lelaki itu sudah pergi menemui ilahi.

Jalan hidup Balqis diwarnai dengan kehadiran Izzuddin yang kembali mengharapkan cinta. Amir Mukhlis bertemu Tasnim yang teguh membawa legasi cinta Wardah. Manakala Amelia terus mendambakan kasih Amir Mukhlis.


Balqis, mungkinkah cintanya yang terkunci dalam makhfi akan terbuka? Amelia, bisakah rindunya yang mendudu itu berlagu? Tasnim, mampukah dia memerdekakan cinta Wardah? Nun di sana, Amir Mukhlis bergelut menyatukan cinta dan wahyu agar menjelma jawapan untuk segalanya."


Ulasan:
Ini buku kedua dari dwilogi Warkah Cinta Berbau Syurga. Ini bermakna watak utama Amir Mukhlis mestilah masih hidup? Samalah juga dengan saya, apabila saya beli buku kedua ini, secara automatik dah tahu apa keputusan pembedahan Amir. 

Sambungan buku ini menceritakan bagaimana Amir ingin mempertahankan prinsip dengan ujian dari 3 wanita yang mengejar cintanya. Emilia sepupunya, Tasnim kawan baik Wardah dan  Balqis yang pernah dikenalinya ketika di Mesir. Banyak ilmu dan pengetahuan diberikan oleh penulis dalam buku ini. Antaranya bagaimana penulis boleh menyampaikan dakwah melalui penulisannya. Perdebatan juga banyak berlaku dalam menyuarakan pendapatnya yang bertentangan dengan orang lain. 

Amir tetap dengan pilihannya untuk mengahwini wanita yang ingin menjadi suri rumah dan sanggup tinggal serumah dengan mak mertua. Pelbagai dugaan ditempohi untuk memiliki surinya, akhirnya mereka dipertemukan di tempat mereka pernah bertemu ketika belajar dahulu.

Siapakah pilihan Amir Mukhlis? - buku Warkah Cinta Berbau Syurga telah menjawab soalan ini.
Siapakah pula pilihan Ibu Bapa Amir? Berjayakah Balqis mempertemukan abang Ngah nya dengan calon kakak iparnya? Apa telah terjadi dengan wanita-wanita yang tidak menjadi pilihan hati Amir? NAK TAHU JAWAPANNYAM BOLEHLAH BELI DWILOGI NOVEL INI. Memang berbaloi membeli dan membacanya. A. Ubaidillah tidak pernah menghampakan saya dengan tulisannya. Menarik, berilmu, padat dan ringkas. Terima kasih.

Rating : ***** (kena baca)

Sunday, June 24, 2012

Warkah Cinta Berbau Syurga - A. Ubaidillah Alias

Tajuk Buku : Warkah Cinta Berbau Syurga
Penulis : A. Ubaidillah Alias
Penerbit : PTS Litera
Genre : Islamic
527 m/s

Sinopsis Belakang Buku:
Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?

"Jika novel Ayat-ayat Cinta menyorot latar Mesir dari pandangan seorang mahasiswa Indonesia, maka Warkah Cinta Berbau Syurga ini disorot dari kaca mata seorang mahasiswa Malaysia yang menuntut di sana. Justeru tidak hairan andai latar Kaherahnya dan suasana kehidupan para pelajar Malaysia dapat diperincikan sebegitu rupa. Dalam lambakan karya bertemakan cinta asyik-masyuk bernafsu rendah yang boleh mengelirukan pembaca remaja, novel cinta berjiwa Islamik begini sewajarnya menjadi alternatif terbaik selain mampu memperkaya khazanah sastera Islam tanah air."

LUPAKAN beberapa watak yang tiba-tiba muncul dan tiba-tiba menghilang atau yang tiba-tiba hidup dan tiba-tiba `dimatikan’.Saya bukan `pembaca novel’ yang baik tetapi novel ini `memaksa’ saya untuk membaca pembuka katanya:`Cairo kurasakan sepi tanpa surat-suratmu. Bunyi sahrawi yang mengepuk debu kering itu bagai membawa gemersik suaramu…’ Dan, pembuka kata bersurat novel ini `memaksa’ saya untuk terus bersantai hingga kepada penutupnya yang mengusik, `Wardah… Balqis… Maafkan aku’.

Ulasan:
Ceritanya agak ringkas dan berkisarkan mengenai pelajar yang kurang berkeyakinan jika berada didepan orang ramai seperti memberi ceramah dan syarahan. Amir Mukhlis mempunyai prinsip yang amat teguh dan amat berpegang kepada ajaran agamannya. Statusnya sebagai Penghafaz Al-Quran menjadikan beliau seorang yang amat menitikberatkan pertuturan dan pergaulan sesama manusia terutamannya apabila berdepan dengan kaum hawa yang banyak memberi cabaran ke atas prinsip hidupnya. Kerana prinsip itu jugalah Wardah menganggap Amir seorang yang ego...namun hanya Amir dan Allah sahaja yang mengetahui isi hatinya. 

Sehinggalah Amir melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Mesir, di sana juga prinsipnya juga menjadi taruhan kaum hawa, namun Amir memang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Namun di saat Amir 'merasakan' sesuatu dan setelah kehilangan Wardah, kesihatannya telah menjadi penghalang. Namun berkat doanya, Amir berjaya juga menghabiskan pengajiannya dan kembali ke Malaysia untuk meninggalkan segalanya termasuk seorang muslimah yang sangat mengharapkan jawapan darinya.

Amir pulang ke Malaysia untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga, namun ibu bapanya lebih cekal menghadapi segalanya. Jangan mengalah, tetapi terus mencuba untuk terus hidup.

Adakah Amir Mukhlis masih mempunyai masa untuk terus berjuang menyampaikan tulisannya? Adakah cita-citanya ingin menjadi penulis akan terlaksana? 

Rating: ***** (memang berbaloi membelinya)

Saturday, March 31, 2012

Yes Boss! : Areila Sahimi



Tajuk Buku : Yes Boss!
Penulis : Areila Sahimi
Penerbit : Kaki Novel
457 m/s
Sinopsis Belakang Buku :
Aryana...dia tak pernah terfikir dia akan menjadi pembantu peribadi kepada lelaki yang menjengkelkan, berlagak bagus dan poyo (tapi boleh tahan kacak jugaklah). Tugas hakiki seorang pembantu peribadi tidaklah susah manapun, tapi nasib dia yang mendapat bos seperti Ilham Irfan:selalu buat dia pening kepala. Setiap langkah bos..kena turut. Setiap rentak bos...kena ikut. Semua kena Yes Boss! Dan dia pun sama sekali tidak pernah menyangka yang hatinya akan terpaut pada lelaki itu dan seterusnya membuatkan dia sering terluka.

Ilham ... dia perlukan Aryana untuk tolong cover line bila dia tiada di pejabat dan tolong pastikan setiap temujanji dia dengan semua 'teman tapi mesranya' itu tidak bertindih di antara satu sama lain. Sebabnya? Dia selalu lupa girl friend yang mana satu dia patut keluar. Kerja-kerja pejabat yang lain, Aryana yang bijak itu sudah tahu apa yang dia patut buat. Seronoknya hidup bila ada pembantu naif seperti Aryana yang tak pernah membantah. Cakaplah apa sahaja, Aryana pasti akan mengatakan Yes Boss!

Dan bila Aryana tiada, hidup dia jadi tak keruan. Saat tersedar yang dia perlukan Aryana lebih daripada bos yang memerlukan seorang pembantu peribadi, ada pula halangan yang menanti. Ah! masakan dia perlu mengalah kepada tauke kolam ikan keli tu!

Ulasan:
Ini buku pertama tulisan areila yang saya baca. Penulis nih memang sempoi habis bahasanya. Baca buku seperti bercakap dalam bahasa percakapan sehari-hari jer. Menarik dan interesting. Kalau  baca sinopsis rata-rata akan menganggap memang happy ending punye..dan memang betulpun. Dan sinopsis pun dah menceritakan sepenuhnya cerita ini. Cerita simple tapi jalan cerita menarik. Cuma feeling loving tu macam kurang sikik...ini mungkin sbb memang watak pun sempoi itu yang suka pun mcm main-main je...

Rating : **** (bacaan menarik - tk menyesal beli)
Related Posts with Thumbnails