Saturday, February 18, 2012

Kelat-kelat Sayang-Izzul Izzati

Tajuk : Kelat-kelat Sayang
Penulis : Izzul Izzati
Penerbit : SR Publication
597m/s
Sinopsis Belakang Buku:
Wajah manis Salina pasti bertukar warna hijau kelat setiap kali bersua muka dengan insan yang bernama Aizam Zafran. Panggilan nama yang tidak tercatat di dalam surat beranak menyemarakkan lagi api kemarahan di jiwa Salina.

"Hai, itik!"

Hampir terlompat Salina mendengar teguran yang terasa dekat sekali di telinganya. Anak mata ditalakan ke arah wajah pemilik yang menegur. Seperti biasa Aizam membuat iklan gigi tidak berbayar di hadapan matanya. Argh! Mahu sahaja dia mencabut satu persatu gigi Aizam. Kemudian dirangkai menjadi rantai itik dan dikalungkan ke leher.

"Semalam tak datang sekolah, itik deman terendam air ke?" Aizam terkekek ketawa."Eii! Anak hantu ni!" Salina menggigit bibir, tanda geram. Pagi-pagi lagi sudah membuat urat sarafnya kembang dan berangin satu badan."Tak baik tau, marah-marah dengan bakal kekasih."Aizam tersengih nakal.

Sekelat-kelat wajah Salina namun tetap manis di mata Aizam dan membangkitkan rasa sayang di hati. Namun sikap Aizam yang menyakitkan hati Salina menenggelamkan perasaan cinta sejati Aizam. Apatah lagi Salina dipertemukan kembali dengan cinta yang terlondeh di tengah jalan sepuluh tahun yang lalu. Rombongan peminangan Aizam membuatkan hidup Salina huru-hara seketika. 3 Misi pendamai perlu dilunaskan segera bagi menyekat kemaraan rombongan Aizam. Persoalan pertama. Berjayakah misi Salina? Berjayakah dia meraih cinta lamanya? Berjayakah Salina menghalang dari jari manisnya di sarungkan cincin oleh emak Aizam? Biarpun begitu perjalanan hidup Salina rupanya tidak semanis angan-angannya. Bercinta dengan A, bertunang dengan B. Mengadap tok kadi dengan C. Umpama menelan ubat, biarpun pahit namun terpaksa ditelan demi meneruskan kehdupan.

Apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya Seumpama buah manggis, biarpun kulitnya rasa pahit dan kelat tetapi isinya tetap manis dan enak di makan.

Ulasan:
Kali ini, Izzul Izzati cuba memasukkan aksi lucu dan bersahaja dalam novel nya kali ini. Agak ketara penulisannya kali ini berbanding 2 bukunya sebelum ini. Adegan lucu agak sempoi tapi babak-babak sedih memang buat air mata mengalir. Seperti buku kedua beliau, buku ini jugak saya tak boleh agak apa yang kesudahannya. Saya expect lain, tp endingnya lain. Banyak juga part yg memang touching. 
Cuma pada permulaan cerita agak slow sikik...lebih kurang dah baca 15% barulah ceritanya laju sikik... so memang kena lompat sikik2lah...hehehe

Watak Salina digarap dengan baik oleh penulis. Bermula dengan cinta pertamanya yang tercicir ditengah jalan dipersendakan sehinggalah putus tali pertunangan dengan insan yang paling menyayanginya. Perubahan sikap Salina amat ketara apabila mendapat pujuk rayu cinta pertamanya sehingga sanggup memutuskan pertunangannya sekaligus membawa kebencian dalam keluarga tunangnya. Namun untuk menebus rasa bersalahnya, tidak cukup dengan perkataan 'maaf' sahaja tetapi Salina perlu lebih berkorban walaupun dengan mempertaruhkan nyawanya sendiri. Namun bila dendam telah terlunas, Salina tidak boleh lagi menerima kembali cintanya yang telah mula berputik... namun begitu jodoh tidak ke mana. Akhirnya Salina sedar selama ini permata memang telah berada di hadapannya, dia sahaja yang tidak tahu menilai. 

Selalunya, jarang sekali watak utama melakukan kesalahan dalam novel-novel melayu. Tp Izzul Izzati menggarap watak utama dengan baik dan saya sendiri terasa seperti menonton di depan mata segala cerita yang ingin disampaikan. Tahniah buat Izzul Izzati. 

Buku pertama beliau (Bukan Cinta Biasa) memang best, buku kedua (Ku Seru Kasihmu) pula lagi best, tp kali ini memang yang terbaik dari beliau untuk peminatnya...so kalau nak tahu betul2 ceritanya, kenalah beli yer...harganya cuma RM24.90 jer...pasti takkan menyesal.

Rating : ***** (memang best-tak rugi beli)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails